Showing posts with label DNA Kromosom Warna Bulu Kucing. Show all posts
Showing posts with label DNA Kromosom Warna Bulu Kucing. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

DNA Kromosom Warna Bulu Kucing

Tertanya-tanya di kalangan kita mengenai warna bulu yang terbentuk kepada anak-anak kucing selepas di kahwin kan dengan dua ekor kucing tidak kira apa bakanya tetapi berlainan warna.Malah Anak-anak kucing pula berbulu yang berbeza daripada kedua-dua ibubapanya.

Secara asasnya bulu-bulu kucing yang berwarna ini terbentuk dari DNA Kromosom (chromosome) kucing-kucing itu tersendiri dari campuran ibubapanya.

DNA Kromosom:
Secara asasnya kromosom ini diwakili dengan simbol X dan simbol Y.Disertakan seperti berikut mewakili kucing mengikut jantina:
Kucing Betina : XX
Kucing Jantan :XY

Penerangan Asas X Dan Y:
Kedudukan X disebelah kiri ataupun yang pertama adalah mewakili warna bulu yang dimilikinya samada putih,hitam,kelabu,oren,coklat dan pelbagai jenis warna yang secara DNA nya terbentuk manakala simbol X ataupun Y disebelah kanannya pula mewakili jantinanya smada jantan dan betina.(Jantan mempunyai kromosom yang bersimbol Y manakala X untuk betina).

 Pembentukan anak kucing secara Umum:
Sebagai contoh:
>Kucing betina adalah XX dan berbulu berwarna oren (X pertama=  oren & X kedua=Betina)
>Kucing jantan adalah XY dan berbulu berwarna Kelabu (X pertama=  kelabu & Y kedua=Jantan)
Secara asasnya anak-anaknya akan membawa pelbagai DNA kromosom dari kedua-dua ibubapanya mengikut gabungan kromosom ini.

Contoh anak kucing yang terbentuk/dilahirkan:
>XX iaitu X pertamanya daripada bapanya (kelabu) dan X kedua dari ibunya dan anak kucing ini adalah betina berwarna kelabu(warna mengikut ibunya)
>XY iaitu  X pertamanya daripada ibunya (oren) dan Y kedua dari bapanya dan anak kucing ini adalah jantan berwarna oren.(warna mengikut bapanya)
>XYatau XX iaitu  X pertamanya adalah warna asal(hitam & putih) ataupun mutasi daripada kedua ibubapanya (warna lain hasil gabungan warna contoh hitam,putih,krim dll) dan X atauY kedua dari ibubapanya.

"Serta juga bermacam-macam gabungan "matching" kromosom ini yang boleh dihasilkan dan pelbagai jantina dan warna bulu terbentuk dan apa yang dinyatakan di atas adalah contoh asas "
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...