Sunday, June 27, 2010

Warna asas bulu kucing

1) Terdapat 2 warna asas bulunya iaitu hitam dan merah(selaluya dianggapkan warna oren).
2) Warna yang lain terbentuk dari warna asas yang berubah berdasarkan keadaan gene nya.
3) Kucing hanya mempunyai satu warna untuk keseluruhannya sebagai pelindung "coat" iaitu warna putih,hitam dan merah.
4) Perubahan warna(terbentuk kerana "gene"nya) adalah dari asas ini seperti kelabu dari hitam,warna krim dari merah, warna coklat pula menukarkan hitam kepada warna coklat & biru kepada warna lilac ataupun ungu cair.
kucing parsi semiflat face

5) Terdapat lebih kurang 300 jenis warna bulu kucing berdasarkan kepada pembiakan (breed) di kawasan oriental.
6) Anak kucing yang baru dilahirkan mempunyai warna bulu yang sudah tetap baginya sehingga menjadi dewasa tetapi untuk kucing yang bersifat "pointed"tompok seperti kucing Ragdoll (warna hitam di muka, telinga, kaki,ekornya) ianya akan dilahirkan dengan keadaan satu warna asas; warna putih dan tompokan terbentuk ketika membesar.
Kucing himalayan Pointed Nose & Ears

Fakta menarik : warna dan corak bulu tidak semestinya hanya terdapat pada baka kucing tertentu tetapi warna & corak yang sama boleh juga terjadi pada baka yang berlainan.Walau bagaimanapun warna & corak terhasil pada anak kucing adalah dari campuran warna ibubapanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...