Saturday, August 21, 2010

Pentingnya Anak kucing bermain

Adalah penting untuk anak kucing bermain bersama-sama ketika membesar sebagai pengenalan dan pendedahan dirinya kepada sifat semulajadinya untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Namun begitu dengan pemerhatian pada sikapnya ketika membesar,kita boleh menilai tahap sihatnya anak kucing kerana bermain adalah faktor penting dalam membantu tumbesarannya.
Selalunya anak kucing akan mula aktif bermain ketika berumur 5 minggu.

Terlalu aktif:
Anak kucing yang bersifat seperti ini akan mencakar,berlawan secara kasar dengan anak kucing yang lain.
Ianya tidak suka dipegang ataupun didokong kerana sikapnya yang lebih mengawal pihak lain ketika bermain.Kemungkinan tidak begitu sesuai diambil sebagai pet kerana terlalu aggresif.

Pemalu:
Anak kucing yang bersikap sebegini kerana mungkin kurang bergaul dengan kucing yang lain ketika membesar dan mengelakkan dirinya dari dipegang.
Ianya berbadan kecil serta lemah kerana tidak aktif serta bersikap antisosial.Ini mungki berlaku kerana krang daya saing ketika merebut makanan ataupun dibela tanpa teman.

Gemar bermain-Playful:
Anak kucing ini mempunyai sifat ingin tahu serta sentiasa menjelajah tempat barunya di samping suka bermain dengan objek baru seperti bola ,loceng kerana sifatnya.
Boleh dianggap ianya adalah cerdik dalam kelompoknya dan mudah menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru.
Kucing ini adalah yang terbaik diambil sebagai binatang peliharaan.

Anak-anak kucing yang sama ibunya menganggapkan adik-beradiknya sebagai teman-main,teman hidup dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Adalah yang terbaik untuk mengambil 2 ekor anak kucing untuk dibela kerana ianya tidak akan kesunyian ketika membesar.

"Bermain-main adalah aktiviti yang PENTING untuk tumbesaran terbaik untuk anak kucing"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...