Nufnang Ads

Followers

Sunday, August 22, 2010

Kucing menyerang kaki

Kucing mempunyai naluri serta sifat pemburuan yang kuat walaupun mempunyai keperluan asas yang mencukupi untuknya hidup seperti makanan serta tempat tinggal yang selesa.
Terutamanya bagi kucing yang tinggal di dalam rumah semata-mata, ianya akan menyerang kaki kita untuk bermain.Ini adalah satu satu caranya melatihkan dirinya dalam pemburuan mangsanya kerana ianya tetap bersifat pemburu walaupun tinggal di dalam rumah.
Ianya akan bersembunyi di bawah meja atau belakang pintu ataupun mana-mana tempat tersorok, kemudian akan menyerang secara senyap serta spontan ke arah kaki kita.Ianya bukan untuk mencederakan kita tapi hanya untuk bermain.


 Keadaan ini boleh diubah jika kita membiarkannya bermain dengan kucing yang lain ,namun bagi yang membela hanya seekor kucing perlulah dibiarkannya bermain di luar laman untuk jangkamasa tertentu dan biarkannya menjelajah di persekitaran serta mula membuat serang hendap pada hidupan kecil seperti belalang dan sebagainya.Kucing ini juga akan membuat pemerhatian kepada hidupan yang lain seperti burung dan cuba mempelajarinya.

Mainan kucing juga memainkan peranan yang penting bagi kucing dalam latihannya , perlu meluangkan masa bermain dengannya.
Mood kucing juga adalah penting untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik untuknya dan dengan bermain ianya dapat mengurangkan stressnya terutamanya kucing yang dikurung dalam sangkar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...