Saturday, August 21, 2010

Kenapa kucing makan rumput?

 Rumput:
Tidak dapat dipastikan kenapa kucing juga memakan rumput tetapi ini adalah keadaan biasa baginya.
Kemungkinan ini adalah untuknya sebagai makanan sampingan bagi mengeluarkan gumpalan bulu dari perutnya dn juga mungkin untuk penghadamannya.
Adalah langkah terbaik untuk mempunyai tanaman rumput dalam pasu diletakkan di dalam rumah untuk kucing yang hanya tinggal di dalam rumah.
Ini dapat mengalakkannya mengunyah rumput sebagai tabiat semulajadinya namun begitu perlu diawasi agar tidak memakan daun pokok yang mungkin boleh meracuninya.


Catnip/catmint:
Sangat digemari oleh kebanyakan kucing dan akan mengeselkan badan,berguling, serta kekadang menjadi agresif kepada daun ini namun begitu ini hanya berlaku dalam masa(beberapa minit) yang singkat sahaja kemudian kucing akan meninggalkannya.Kemungkinan selepas lebih kurang1 ke 2 jam ianya kembali tertarik kepadanya.
Ini adalah kerana daun ini mempunyai sejenis bahan kimia dikenali sebagai nepetalactone yang akan merangsangkannya.
Jika kucing menjadi terlalu agresif, berhenti memberikannya bermain kerana terdapat kes kucing akan menyerang tuannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...