Geng Meow

Wednesday, August 18, 2010

Penyakit-Penyakit kucing

Untuk pengetahuan terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh dihidapi oleh kucing kesayangan kita.Semuanya bergantung kepada tahap penjagaan kesihatannya yang berhubung kait dengan persekitaran.
Walau bagaimnapun tidak semuanya akan dijangkitinya.
Diabetes:
Penyakit ini juga boleh dijangkiti oleh kucing pada peringkat semua tahap umurnya dan selalunya pada kucing yang matang umurnya serta mempunyai berat badan berlebihan.
Ini adalah kerana kadar glukos yang tinggi dalam darahnya disebabkan kelemahan pada hormon pencegah penerapan gula.
Tanda dijangkiti adalah kerap dahaga dan lapar ,selalunya kucing ini akan kerap meminum air dan memakan sekerap yang boleh.
Asthma:
Alergik saluran penafasan dan menyebabkan kucing selalu bersin,batuk,termengah-mengah ketika bernafas serta kesukaran bernafas.
Nafas berbau(Halitosis):
Mungkin dianggap biasa kerana mulutnya berbau namun ini juga slah satu daripada jenis penyakit untuk kucing.
Puncanya berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu punca makanannya,gangguan usus,penyakit kencingnya serta jangkitan pada mulut dan gigi.
Buasir:Kucing juga boleh mendapat penyakit ini,ianya mudah dikesan secara fizikal kerana saluran merah (tiub) akan keluar serta tergantung diduburnya.
Selalunya disebabkan oleh cirit birit peringkat teruk dan pembedahan segera hanya dapat menyelamatkannya.
Diarrhoea:
Secara umumnya kebanyakan kucing akan pernah melalui keadaan ini  iaitu mengalami cirit-birit.
Ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak baik,parasit,tumor ataupun kecederaan.
Diarrhoea adalah jika najisnya adalah berair atuapun berdarah jika di tahap yang teruk.
Penukaran jenis makanan adalah langkah pertama untuk memantau keadaannya supaya najisnya menjadi keras kembali tetapi jika masih tiada perubahan ,perlu diubati segera di klinik untuk mengenalpasti puncanya.
Sembelit (Constipation):
Kucing juga boleh menghadapi keadaan sembelit iaitu kesukaran serta jarang membuang air besar.
Puncanya adalah kekurangan excercise,pemakanannya,usus tersumbat, hairballs dan mungkin juga disebabkan tumor.
Tandanya adalah kurang selera makan,kelesuan serta kerap tidur,kembung perut serta tahinya terlalu keras.
Laxative(diberi makan) ataupun enema(sejenis ubat yg disumbat pada duburnya) perlu diberikan padanya untuk membuang hairball dari perutnya.
Puru bibir (Rodent ulcer):
Ianya menjangkiti di bahagian bawah bibir kucing dan ianya tidak menyakiti kucing.
Pemberian suntikan corticostreoid dapat mengubatinya.
Allergic Dermatitis: 
Sejenis penyakit kulit yang bertindak disebabkan oleh alergik dan boleh menyebabkan kucing berasa gatal di bahagian yang dijangkiti serta kehilangan bulunya.
Jerawat (Feline acne):
Bentuknya seperti ketulan berwarna hitam yang berminyak dan selaluya di dagu.
Ianya akan membesar serta menjadi kemerahan serta rasa gatal.
Salah satu cara mengubatinya adalah dengan pemandian dengan sabun antibiotik serta penyapuan antibiotik dijerawatnya.
Cataracts:
kekaburan mata kucing disebabkan faktor umurnya (selalunya bagi kucing yang tua) dan berkemungkinan akan menjadi buta.
Arthritis:
Kerosakan pada tulang rawan(bahan yang menyelaputi sendi dalam tubuh vertebrata) yang menyambung antara sendi.
Tandanya adalah kucing tidak akan memanjat serta melompat,kurang pengerakannya: kaku serta berjalan pincang atau menempang.
Gastrik:
Kucing juga boleh mendapat gastrik iaitu rasa pedih pada perutnya dan muntah adalah tandanya.

8 comments:

iedamaya said...

thanks untuk info kat atas..
hurm..tp kucing i...sedih sgt...
x taw kenape...
last pew days,dade dye bengkak..dye mcm berbonjol..pastu td pg berdarah then keluar nanah..alahai..kesian sngat i tgk dye...tahan sakit...tp dye diam aje...makan pun x lalu sgt...tahu tak kenapa...thanks..

Anonymous said...

macam mana keadaan kucing yg mengalami mslh cataract

K.U. said...

InshaAllah..akan ditulis dlm blog nnti

md malaya said...

tuan,mintak tlg sgt2..kucing sy dh mati sekor sebab satu pnyakit yg sy x tau..skng ni sy punya kucing kesayangan lak yg dijangkiti pnyakit yg sma,dia x nk mkn,dia muntah buih,dia suka duduk kt tempt sejuk dan berair,dalam longkang,dalam tandas....boleh x bg penjelasan tntng pnyakit pelik ni..sy tkt bjngkit dgn kucing2 sy yg lain..sy ada 6 ekor kucing lg yg masih hidup.dan minta tlg beri tip2 nk jaga dia waktu dia sakit ni..sy dh bawa ke pusat vet daerah,dia beri anti biotik..buat masa ni sy beri kucing sy minum air rebus beras je untuk bg dia sikit tenaga..dia x nk makan lngsung.sy bg dia minum dgn bekas jarum suntikan yg pusat vetrinar bg.

K.U. said...

salah satu puncanya jadi sebegini mengikut simptom yg diterangkan adalah diserang virus (macam2 jenis virus FIV dll) sbb tu vet berikan antibiotik utk membantu daya tahan dirinya..ada kitten yg boelh bertahan ada yang tidak sebab virus ni terlalu kuat bagi mereka.sila rujuk dlm entri bertajuk "penyakit berbahaya kucing"

Anonymous said...

Sy nk tnye, klu pundi kencing pecah mcm mne ye? Prlu operation ke ?

Anonymous said...

Encik..cat sy kene rodent ulser.. Dia kene mkn ubat seminggu.. Masalahnya anak dia kecil lagi masih nyusu..xoeke sy bg anak dia nyusu.. Sy x sanggup nk pisahkan.. Ubt dia ada steroid

Kucing Utara said...

xdigalakkan..susukan anaknya dengn susu kitten

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...