Thursday, October 14, 2010

Kenapa Kucing Kurus

Kucing boleh menjadi kurus atas beberapa sebab dan di antaranya:

1) Tekanan-Keselesaan kucing bergantung kepada tahap emosinya dan gangguan emosi kerana tekanan,depression dan sebagainya menyebabkan kucing hilang selera makan.Makanan dan bekas makanannya kotor, gangguan binatang lain ataupun saingan serta suasana bising adalah antara sebabnya tertekan.
2) Umurnya- Kesan dari umurnya juga penting dalam kurangnya ia makan selalunya di antara kucing yang sudah tua.Ini kerana kadar metabolismanya bertambah kurang dan keperluan makanannya adalah sedikit.
3) Hpyerthyroidisme-disebabkan tumor pada thyroidnya, secara amnya kucing berselera makan seperti biasa tetapi tidak menambahkan berat badan.
4)Sakit gigi- secara asasnya kucing kurang makan kerana giginya sakit lebih-lebih lagi makanan kucing jenis "kibble" yang keras.
5) Diabetes-Kegagalan sistem proses air kencingnya serta kehilangan air dari badannya tanpa kawalan menyebabkannya sentiasa dahaga.Ini mengurangkannya selera makan kerana meminum air secara berlebihan.
6) Cacing Usus- Cacing yang menumpang di dalam ususnya dan mengambil "free" dari kucing walaupun kucing berselera makan seperti biasa namun tetap kurus kerana makanan dicuri cacing.
7) Penyakit - seperti mengidap penyakit FIP (Feline Infectionus Peritonitis) ,masalah usus (Gastrointestinal) dan juga kanser.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...