Geng Meow

Sunday, October 3, 2010

Mencuci kesan air kencing kucing


Air kencing kucing mengeluarkan bau yang kuat disebabkan kadar yang tinggi pengambilan protein dalam pemakanannya serta secara semulajadi ianya kurangnya meminum air.
Air kencing kucing mempunyai kadar uric asid yang tinggi berbanding mamalia yang lain.

Uric asid adalah bahan yang sukar dilunturkan kerana kekuatan pada strukturnya kerana ianya terbentuk dari kristal yang tidak terlarut.
Masalah ini akan timbul sekiranya ia kencing di atas permaidani, sofa yang memang susah untuk dicucikan.

Terdapat beberapa produk di pasaran yang berasaskan enzim boleh membantu menghilangkannya.
Disertakan di bawah cara yang paling mudah untuk menghilangkan baunya dengan bahan asas yang boleh didapati di dalam setiap rumah iaitu CUKA:


1) Letakan tuala lama diatas air kencing dan gunakan pemberat(seperti bata) untuk menyerapkannya sebanyak yang mungkin.Kemudian alihkan tuala yang sudah menyerap air kencingnya.
***Jangan biarkannya kering sendiri kerana air kencing akan menyerap ke permukaan di kawasan tersebut perlu bertindak sebelum kering****
2) Jika dikesan tempat tersebut sudah kering , caranya adalah letakkan tuala di tempat air kencing dan dituangkan air panas diatasnya.Kemudian alihkan tuala yang sudah menyerap air kencingnya.

3) Buatkan campuran cuka dan air dalam kadar nisbahnya 50:50 di dalam baldi yang kecil dan kacaunya untuk mencampurkannya.
4) Tuangkan campuran cuka keatas tempat tadi pastikannya tidak merebak ke kawasan yang tidak terkena air kencing.
5) Biarkannya kering sendiri dan jangan membilasnya.Boleh juga menggunakan kipas angin untuk mempercepatkan proses pengeringan ini.Biarkannya semalaman.
6) Keesokkannya,sediakan campuran cuka tetapi dengan campuran air panas pula.
7) Gunakan campuran cuka panas ini untuk mencuci di tempat bekas air kencing beberapa kali dan biarkannya kering untuk beberapa jam.
**Gampuran cuka panas ini amat berkesan sekiranya menggunakan pencuci stim (steam cleaner)**


3 comments:

Anonymous said...

kalau atas lantai dekat laman depan mcm mne ye?ktorng tinggal rumah dalam seminggu n hbes kotor porche depan sbb kencing kucing.maklumla ad ank kucing bru.mak die tk ajar lg tuu...

Kucing Utara said...

sama kaedah iaitu Cuka sebagai penghapus/hilang bau yg kuat tu...

roy said...

Macam mana kalau kena kencing di kasut? Perlu tak untuk rendamkan kasut tersebut dalam air cuka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...