Nufnang Ads

Followers

Monday, October 4, 2010

Penjagaan Kaki Kucing



Tapak kaki kucing (cat paw) adalah salah satu daripada deria sentuhannya yang memainkan peranan yang amat penting dalam hidupan hariannya di samping deria pada kulit hidungnya.

Kucing yang sihat serta mempunyai kaki yang dijaga rapi membolehkannya memanjat,menggaru, melompat serta bertindakbalas spontan secara flesibel ketika mendarat ketika terjatuh dari tempat tinggi.



Pemeriksaan selalu kakinya dari masa ianya kecil dapat membantu pembentukan kaki yang baik serta dapat mengesan sebarang cedera di antara kaki-kakinya.



***Kucing memang banyak menghabiskan masanya untuk"grooming" , tetapi jika ianya asyik menjilat/mencuci di suatu kakinya secara terlalu kerap.Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kakinya***


 Cara menjaga kaki kucing:

1) Gunakan kain lembab untuk mencucikan tapak kakinya dan yang terbaik adalah sehari sekali.
2) Periksa sebarang benda asing,kotoran yang terlekat di celah kuku kakinya adalah penting kerana ianya mungkin tertelan ketika grooming nanti dan mungkin boleh memudaratkannya.
3) Sekiranya terdapat sesuatu tertusuk di celah kakinya,gunakan tweezer untuk mengeluarkannya.Cecair Antiseptic perlu digunakan untuk mengelakan jangkitan kuman serta boleh digunakan untuk luka kecil semasa mencucinya.
**Kucing yang berbulu panjang seperti persian perlu dipotongkan bulu yang tumbuh diantara tapak kakinya kerana inanyamembuatkannya tidak selesa.Kucing jenis selalunya akan secara kerap cuba untuk membuangkannya sendiri .Gunakan gunting kecil untuk trim bulu ini*****
                            Kaki kucing yang berbulu panjang


Tiang garu kucing (Scratching post)
Menyediakan tempat khas(Scratching post,Scratching pad)bagi kucing mengaru juga dapat membantunya dalam penjagaan kuku serta tapak kakinya.Ini kerana kucing juga akan meregangkan(stretch)seluruh otot kakinya serta memgugurkan kuku yang rosak.
                    Anak kucing secara sendirinya akan mengaru-garu "Scratching Pad"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...