Nufnang Ads

Friday, November 5, 2010

Kucing putih bermata biru


Ada beberapa pendapat mengatakan kucing putih yang bermata biru adalah cacat pendengarannya...
Mari kita teliti tentang fakta-faktanya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan..
Secara Sainstifik:
Kucing memiliki mata biru kerana kekurangan atau ketiadaan "tapetum" iaitu satu lapisan tisu di belakang retina matanya yang berfungsi meningkatkan penerimaan cahaya di retinanya terutamanya untuk penglihatan malam.Tisu ini tidak terdapat pada mata kita.
"Melanocyte" pula iaitu sejenis sell penghasilan "melanin" pula terdapat di dalam telinganya.
Kedua-duanya (Tapetum & Melanocyte) dihasilkan dari sell stem yang sama,jadi ketiadaan "tapetum" menunjukkan juga ketiadaan "Melanocyte" di dalam telinganya.
Ini mengugatkan daya pendengaran serta mungkin mengalami cacat pendengaran.

Data Statistik:

  • 95% dari kucing adalah bukan berwarna putih & tiada cacat pendengaran...
  • Baki 5% pula adalah kucing putih dan 15-40% mempunyai sebelah atau kedua-dua belah matanya biru.
  • Hanya 80% kucing yang bermata biru kedua-belahnya adalah cacat pendengaran.
  • Hanya 40% kucing bermata biru sebelah pula adalah cacat pendengaran.

 
Secara umumnya, kucing putih yang bermata biru berkemungkinan besar mengalami cacat pendengarannya.
Kucing putih yang bermata biru sebelah saja, mungkin juga mengalami cacat pendegarannya.

                                Cacat fungsi telinganya di sebelah mata birunya sahaja

~Di Eropah,kucing putih yang mengalami kecacatan pendengaran adalah dilarang menyertai sebarang pertunjukan " Cat Exhibition".
~Kucing yang bukan berwarna putih tetapi bermata biru pula tidak pula mengalami kecacatan ini seperti kucing berbaka "Siamese".....

3 comments:

Nabilah said...

Ouhhh , gituu .
Means , my cat cacat pendengaran . shiannn ! T__T
tapi tak nampak pulak cam dia pekak ke apa ke .
hurmm , hope kucing sy tu termasuk dalam 20% tuu . huhuu .

Kucing Utara said...

masih belum pasti lagi..ye..
Nabilah kenalah check dulu.
1) kalau dia meow kuat
2) Selalu ignore kalau dipanggil
3) cuba tepuk tangan di belakangnya...

Eza said...

pnh dgr gak ni...tp my kucing putih&warna biru..rasenye xpekak..tp xtaula kan xpenah cek btul2 kat vet..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...