Nufnang Ads

Sunday, November 21, 2010

Kucing Sakit gigi

Masalah kerosakan gigi juga boleh dihadapi oleh kucing dan dianggarkan 70% daripada kucing mengalami masalah gigi.Sakit gigi dan masalah gigi kucing tidak mengira umur dan semua kucing boleh mengalaminya.
"Gum disease" gusi adalah masalah utama yang dihadapi oleh kucing.
Bagaimana masalah gigi terjadi:
Plaque iaitu nama yang diberikan kepada lapisan bakteria akan menutupi permukaan gigi.
Jika dibiarkan lapisan ini akan bertambah & akan juga menyakiti/menjangkiti gusi dan ini dipanggil "gingivitis"
Jika "gingivitis"tidak dirawat segera ianya akan nenyakiti serta merosakkan gusi & gigi yang menyebabkan sesiapa saja terasa sangat sakit gigi ini dipanggil "periodontitis".
Semasa periodonititis ini gigi kucing akan rosak teruk dan gugur serta berasa teramat sakit.
PERIODONITITIS adalah masalah gigi yang paling banyak dihidapi kucing.
Tanda-tanda kucing sakitgigi:
~Kucing kurang makan & minum
~Kucing tergesa-gesa mahu makan tetapi bila diberikan kepadanya akan tinggalkan mangkuk makanan selepas "1st bite" suapan pertamanya.
~Kucing hanya memakan yang lembut saja dan tidak akan makan langsung dryfood yang disediakan
~Mulutnya berdarah dengan lelehan airliur bercampur darah
~Mulutnya berbau busuk kerana jika sakit"periodonititis akan mengeluarkan bau seperti daging busuk.

***Jika ada di antara ini,periksa dalam mulutnya untuk melihat keadaan gusinya yang mungkin dijangkiti***


9 comments:

noorafzan said...

alolo..kesiannya kucing bila sakit gigi..

Aida Awie said...

Macam tanda2 pada kucing saya. Saya hadapi masalah nak membawanya ke vet, apakah ubat yg boleh saya beli dan berikan padanya?

Kucing Utara said...

sakit gigi mcm kita jugak..jika teruk perlu cabut dn jika sakitgigi hnya ubat tahansakit

Anonymous said...

Hi, kalau bg ubat tahan sakit tu berapa lama dia akan sembuh dan bertambah selera makan ya?

Kucing Utara said...

bergntung kepda keadaan sakitgiginya (gigi rosak,masalah gusi dll)..slalunya dlm masa semnggu selpas pndarahn/nanahnya akar giginya berenti

sHariZz raYYan said...

Sekarang kucing saya ada masalah gusi berdarah.berbau.berapa kos rawatan klu dibawa keklinik haiwan.

Kucing Utara said...

kos rawatan klinik bergntung kepda kes/klinik msing2

Anonymous said...

Salam. Gigi kucing saya longgar dan ada yg tercabut separuh.. Kucing saya tak sampai setahun lagi umur.. Nak tukar gigi susu ke gigi kekal atau masalah lain? Boleh cabut sendiri atau kena pergi vet??? Tlg saya... Tq

Kucing Utara said...

boleh cabut sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...