Saturday, November 13, 2010

Kucing Siamese

Kucing baka Siamese adalah salah satu baka yang paling tua dan berasal dari Thailand yand dulu dikenali sebagai negara Siam.
Rujukan terawal yang ditulis adalah pada tahun 1884,iaitu kucing yang dipelihara oleh kakak kepada Consul General British di Thailand .3 ekor anak kucing ini pernah dipamerkan di London ,Crystal Palace pada tahun 1885.
Kucing Siamase pertama menjejak kakinya ke Amerika pada tahun 1878 yang dimiliki oleh Mrs Rutherford Hayes dan cerita lain pula mengatakan kucing ini dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Amerika sebagai tanda persahabatan.
~Saiz Badan: Sederhana
~Bulu: Berbulu pendek serta rapat kedudukan bulunya
Jagaan bulu: Sederhana dan tidak perlu memandikan selalu dan yang terbaik adalah jika diperlukan saja kerana kekotoran ataupun jangkitan parasit sperti kutu, kulat.Ada pembela yang tidak pernah memandikan mereka.
Warna: Tompok hitam "pointed" di mukanya terutamanya hidung ,telinga serta berekor kehitaman/coklat.
Jangkahayat: 15 thn +++
Makanan: Memerlukan pemakanan yang premium iaitu berkualiti tinggi kerana kucing siamese berotot yang tegap serta sangat aktif.

Perangainya:
Kucing Siamese agak kurang suka dibelai serta agak sukar baginya untuk mengosok-gosokkan kepalanya ke kaki kita dan lebih bersifat "monologue" iaitu lebih suka bermain sendirinya.Kucing ini juga suka memanjat  serta tidak akan duduk diam.
Jika kucing sudah mulai terikat ataupun sukakan tuannya ianya akan lebih bergantung hidupnya kepada tuannya serta suka mengekori kita berjalan tetapi akan jadi agresif jika ditinggalkan dalam jangkamasa yang lama dan ini juga agak sukar diramalkan tindakannya. 

***Kucing siamese hanya sesuai kepada sesiapa yang suka memperhatikan gelagatnya semasa ia bermain bukan untuk dibela seperti Persian yang lebih manja serta suka dibelai/dipegang*** 

2 comments:

e.t.t.y said...

ye betul information tu. sy ada bela sekor. ya ampun, aktifnya anak sy tu....lagi lagi kalau time main dengan lidi. boleh lompat tinggi sangat. kalau berlari dengan yg lain, boleh ranap rumah...

Kucing Utara said...

betul tu..bagi dia main bola tenis plak tentu syok tengok dia lompat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...