Nufnang Ads

Saturday, January 29, 2011

Kenapa kucing Jantan membunuh anak kucing

Peristiwa yang amat menyayat hati iaitu apabila kucing jantan akan membunuh anak kucing yang baru dilahirkan dan peristiwa ini mungkin berlaku tanpa kita sedari ataupun kita nampak sendiri.Tingkahlaku kucing jantan sebegini adalah berpunca dari beberapa sebab tertentu di alam masyarakat kucing dan sudah menjadi asam garam kehidupan ataupun lumrah hidup mereka.

Anak-anak kucing yang baru berumur 7 hari dan keadaan mereka masih lagi lemah ataupun dalam keadaan yang boleh dianggapkan separa lumpuh/sedar.
Bapa kucing kepada anak-anak kucing diatas juga berupaya membunuh anaknya sendiri

Kenapa bapanya sendiri boleh membunuh anak-anaknya?
~Keadaan ini berlaku kerana kucing jantan akan membunuh anaknya sendiri adalah disebabkan nafsu serta keinginannya untuk mengawan dengan ibu kucing yang baru melahirkan anak.Ini kerana ibu kucing akan amat mudah menunjukkan sikap galak "heat" selepas beberapa hari melahirkan anak.Kehadiran anak-anak kucing boleh menyebabkan ibu kucing terlalu sibuk melayani anaknya dan dengan cara membunuh saja dapat menghalangnya.
~Kesilapan pandangan bapa kucing itu sendiri serta bersifat pemburu.Kucing jantan nampak anak kucing sepertimana tikus dan kekurangan sumber makanan.Punca sebegini lebih banyak terjadi kepada kucing yang hidup di alam luar/liar kerana terpaksa memburu untuk hidup.

Kucing jantan yang lain tinggal serumah ini lebih cenderung membunuh anak-anak kucing yang bukan bakanya

Kucing Jantan lain membunuh anak kucing?
Kucing jantan bersifat sebagai "Raja" ianya akan membunuh zuriat yang bukan darinya kerana tidak menerima baka ataupun mahu keturunan lain (dari bapa kucing yang lain walaupun tinggal serumah dengannya) hidup kerana boleh menggugat kedudukannya serta menunjukkan kekuasaan wilayahnya kepada bapa kucing yang lain ,kawasannya dicerobohi serta ibu kucing adalah miliknya.Keadaan ini berlaku jika terdapat 2 ekor kucing jantan yang tinggal serumah.
Kucing jantan hanya menerima anak-anak kucing dari bakanya sendiri dan jika tidak ia akan membunuh.Sifat ini seumpama yang ada pada seekor singa....

***Apa-apapun dari alasan diatas samada bapanya sendiri ataupun kucing jantan lain ,sebagai jalan terbaik ibu kucing dan anak-anaknya perlulah diasingkan untuk mengelakkan peristiwa seperti ini berlaku***

13 comments:

ctpayong said...

itulah antara sebabnya kenapa ibu kucing selalu saja mengalih-alihkan tempat simpan anaknya, seperti menyorokkan anaknya supaya tidak dimakan oleh kucing jantan.

Cat4U said...

Skrg ni ...Daisy dan anak2nya terpaksa abiskan masanya dalam sangkar..

-----> Akhelaken said...

owh..mcm tu ke?? kesiannye

Cat4U said...

Nak buat mcm mana sbb nk selamatkan anak2nya...lagipun Xlama 3 minggu sja...

DeQdEq said...

tapi kan, deqdeq pernah jumpa ibu kucing makan anaknya sendiri..

mmg heran juga kenapa ibu kucing tu makan anak dia sendiri

Anonymous said...

tapi masalah aku skrang plak.. ibu kucing tu mkn anak die sendrik mcm mane nak explain.. aku rase nak bunuh je ibu kucing tu

isa said...

ibu kucing tu makn sbab dia tw ank dia sakit atau xsanggup tgk dia mati..jadi dia makan je..hu2

yulinda Wahyuni said...

Bapak kucing gk punya hati, cmn punya nafsu doank sihh, huhuhu

Balqis said...

kalau anak kucing tu dah 2 bulan berkemungkinankah dimakan bapa kucing

K.U. said...

berkmngkinan di bunuh

Jatreena Shah said...

Aduhhhh sakit hati dan geram...bapa kucin mana entah terkam gonggong anak kucin dah lbh sebln umur...akhirnya mati...trauma dan sedih semua anak2

Anonymous said...

malam tadi kucing jantan bunuh seekor anak kucing kesayangan aku. aku ni tak waras sikit . aku belasah terus kucing jantan tu dengan besi . ��

Mohamad Firdaus said...

kucing sy baru 3 bln.. bawak keluar jalan2 dr umah.. x sampai 1min dtg sijantan terus digigit kat leher,kat situ jgk kucing saya mati.. igt kan nak main bersama,rupanya di bunuh.. rasa menyesal sgt2 bwk di keluar.. Moga2 si putih tenang di sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...