Friday, January 14, 2011

Kucing Harry Potter

Kucing berbaka MaineCoon diambil untuk lakonkan dalam beberapa filem untuk Harry Potter kerana nampaknya kucing jenis ini bersesuaian dengan watak yang perlu ditunjukkannya sebagai seekor kucing yang membantu tuannya Argus Filch sebagai penjaga"caretaker" Hogwarts School of Witchcraft & Wizardry".

  
Kucing Maine Coon bernama Mrs Norris dalam filem Harry potter dan tuannya Argus Filch lebih gemar berbual & memanggilnya  "my sweet".


Sebenarnya watak Mrs.Norris ini dilakonkan oleh 3 ekor kucing MaineCoon iaitu Alanis,Cornilus & Maximus dan untuk memastikannya tidak nampak berbeza antara satu sama lain ,kucing ini dipakaikan bulu tiruan serta penggunaan gel untuk menegakkan bulu-bulunya.Mata asalnya pula bukannya berwarna merah seperti yang dapat dilihat filem tetapi adalah hasil dari "Film digital effect" dan bukannya dari pemakaian contact lense.

Ini kucing MaineCoon yang dipelihara di kucingutara bukannya dalam filem tu.....

Pemilihan Kucing MaineCoon sebagai watak dalam filem Harry Potter kerana telinganya yang besar serta menegak dan juga kerana bulunya yang panjang serta juga fizikalnya yang besar.

3 comments:

Apple said...

sangat comel dan hampir serupa^^

Kucing Utara said...

tima kasih..kcuing sya ni dah mengandung harap2 tu dpt anak comel2..

meowwmania said...

panjangnya misai dia...comel!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...