Geng Meow

Wednesday, March 23, 2011

Penjagaan kucing ketika mengandung

Bila kucing kita yang dibela sudah membuahkan hasilnya iaitu mengandung terutamanya dari baka-baka yang berbulu panjang seperti kucing persian,penjagaannya adalah mesti dititikberatkan.


Ini antara langkah-langkah yang perlu dibuat:
>Menghadkan kawasan di dalam rumah-Kucing mengandung perlu dihadkan dari bebas keluar rumah iaitu ianya tidak boleh keluar lagi.Ini kerana walaupun sudah mengandung ,ianya masih lagi akan "heat" mungkin akan diganggu kucing jantan lain dan akan mencederakannya serta mengugat kandungannya.
> Makanan kaya dengan protein & kalsium-Ini akan faktor penting untuknya serta kandungan untuk mendapat zat yang diperlukan iaitu sumber protein & kalsium.
> Penyediaan makanan yang banyak-perlu disediakan stok makanan yang agak banyak kerana ketika awal masa kucing mengandung ianya akan memakan lebih.
>Kotak pasir-Pastikan pasir yang digunakan bukan dari jenis "clumping" iaitu menjadi ketulan selepas digunakan kerana kucing juga terdorong melahirkan anak di dalam kotak pasir.Jika ini berlaku ibu kucing akan keliru kerana ketulan "clumping" ini dan ianya berkemungkinan kurang menjilat bayi barunya.

>Bersendirian- Kucing adalah bersifat sukakan privasinya dan perlu diasingkan dari kucing lain terutamanya kucing jantan kerana ibu kucing ketika ini amat garang terhadap kucing jantan.
>Pengambilan ubat-Ini tidak digalakkan ketika kucing sedang mengandung kerana berkemungkinan boleh memudaratkannya serta bayi yang dikandungnya.Jika perlu memberi ubat kepadanya sebagai contoh ubat cacing ketika ini, dapatkan nasihat dari Vet.
>Penyediaan "labor room" untuknya-Ini juga perlu diberi perhatian kerana jika tidak disediakan kucing akan mencari tempat bersalinnya sendiri iaitu tempat yang tersorok seperti di bawah katil,belakang almari dan sebagainya.Cara yang paling mudah adalah sediakan kotak berlapik beberapa helai kerta suratkhabar dan biarkannya membiasakan dirinya dengan tempat baru ini.Secara nalurinya,kucing akan bersalin disini.

25 comments:

anis said...

klu kucing pregnant bley mndikan dia x ea??? wktu menyusu??

Cat4U said...

bleh mndikanya waktu pregnant..tpi wktu menyusu tu tidak digalakkan kerana ..shampoo ada unsur sulfur takut anak terhisap ketika menyusu

Jam Ungu said...

Macam mna kita nak tahu time bile kucing nak bersalin .

Cat4U said...

baca N3 ni.....
http://kucingutara.blogspot.com/2011/05/keadaan-kucing-24jam-sebelum-bersalin.html

aidil said...

saya mempunyai sepasang kucing dimana seekor sedang mengandung..adakah perlu dipisahkan dr yang jantan?boleh ke saya letakan yg mengandung didalam sangkar untuk menjadi tempat bersalin??

Cat4U said...

masa ngandung Xdak masalah tinggal sekali..cuma masa & selepas bersalin sja perlu asingkan..

mohd aidil said...

adakah si jantan tidak akan menganggu sewaktu dia hendak bersalin??

Cat4U said...

berkemungkinan jgak ..tetapi kehadiran kucing jantan akn mengugat proses bersalin..sb kucing betina XKAN tumpukan perhatian dlm proses peneranan ketika bersalin.Bimbang masalah bersalin

anis halimi said...

kalau kucing maine coon cara penjagaannya sma jgk ke??

K.U. said...

sama saja..

saLfinFa said...

kalau kitten tu dh lahir... tapi letak die dalam sangkar yg same dgn jntan boleh x..?!?!

saLfinFa said...

kitten dhlahir, tapi kalau letak mak dgn ank2 same ngan jntan boleh ke?.. mak boleh kasi makanan kucing biase??

K.U. said...

xboleh ..sila bca entri kes kucing mkn anak

Anonymous said...

kucing yg baru sebulan beranak. die mating semula. ade possibility utk mengandung x?

Kucing Utara said...

ya..kucing subur paling awal slepas 3 hari beranak

Anonymous said...

Kucing sy bunting lebih kurang 4 minggu, anak saya pula kena demam campak, adakah berisiko pada kucing saya kerana kucing sy tinggal serumah bersama kami

Anonymous said...

Kucing saya tengah mengandung..sejak akhir2 ni kucing saya asyik berak berdarah..boleh tau sbb ape?

Kucing Utara said...

2 kemngkinan>> 1) tanda awal nk bersalin atau 2) jangkitan cacing/parasit

Anonymous said...

Slm kucing saya bunting tp semlm najis dia cari dan melekat kat punggung n nafas dia jd kuat.pastu dia xaktif.knp tu berlaku tq.

Kucing Utara said...

masalah najisnya tu ada kaitan dgn masalah maknnnya

Anonymous said...

Salam saya nak tanya kucing parsi saya tgh bunting tapi umur dia baru 10bulan... Berisiko tak waktu nak bersalin nnti??. Saya risau takut jadi apa2...

Kucing Utara said...

Insha allah xda masalah

Toyol Tuyul said...

assalam saya nk tanya boleh ke mandikan kucing dgn shampoo kutu..kucing yg tgh tunggu ari nk bersalin...lg satu boleh ke tempatkan kucing yg nk beranak dlm sangkar..yg lain saya lpaskan dlm umah .sebb saya x nk kucing lain ganggu dia masa nk bersalin.ni firstime .

taufik said...

assalam saya nk tanya boleh ke mandikan kucing dgn shampoo kutu..kucing yg tgh tunggu ari nk bersalin...lg satu boleh ke tempatkan kucing yg nk beranak dlm sangkar..yg lain saya lpaskan dlm umah .sebb saya x nk kucing lain ganggu dia masa nk bersalin.ni firstime

Kucing Utara said...

wasalam..ok sbb belum beranak lgi & biarkannya dlm sngkar utk bersalin pun ok dn letakkn di tmpat tersorok sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...