Nufnang Ads

Friday, April 1, 2011

Leha kucing kampung

Seekor kucing kampung berbaka "Malay Cat" telah diambil dari sebuah kampung di utara dan kucing ini mempunyai ciri-ciri fizikal seperti yang tertulis dalam entri sebeulum ini mengenai baka ini dan dikenali sebagai "Malay Cat".Ini adalah kerana ianya mempunyai ekor "kinked tail" bersimpul bukannya "Bob Tail" iaitu ekor kontot seperti kucing berbaka jenis Japanese Bobtail.

Inilah photo kucing kampung yang berbulu oren dan mempunyai ekor bersimpul serta dianggarkan baru berumur 5 bulan dan ianya adalah betina.

Rupa mukanya bercirikan muka yang panjang dan kucing ini dinamakan "Leha" sebagai nama timangannya.

"Leha" sangat manja dan mudah mesra dengan sesiapapun serta amat suka jika diusap-usapkan bahagain badannya.Sebelum ini, ianya hanya memakan nasi berlauk tetapi sekarang sudah pun memakan makanan premium dryfood bersama-sama warga Kucing Utara yang lain....

3 comments:

habsahharun said...

cantik...macam kucing kat umah..:)

Cat4U said...

suka kucing ni sbb berdada putih..

Chika said...

cantiknya.... kite suka kucing kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...