Nufnang Ads

Saturday, August 6, 2011

Hidung kucing basah atau kering?

Ada pendapat yang mengatakan jika hidung kucing kering adalah tandanya ianya menghidapi penyakit ataupun mengalami sakit.Tetapi adakah benar perkara sebegini???


Sebenarnya keadaan hidung kucing tiada kaitan langsung dengan kesihatannya kerana hidung kucing boleh berkeadaan basah ataupun kering dan ini adalah normal baginya dan basah serta keringnya bergantung kepada keadaan tindakbalasnya sendiri.
Hidungnya mempunyai kelenjar/liang peluh yang membantunya menyejukkan suhu badannya sendiri dan bertindak mengikut keadaan cuaca persekitarannya pada masa tertentu seperti kita juga yang berpeluh bila panas untuk menyejukkan badan.Jika ianya basah ataupun lembab adalah kerana ianya menjilat-jilat ketika "grooming" manakala jika hidungnya kering pula kerana "kepanasan" yang dikeluarkannya mengeringkan permukaan hidungnya.Apa-apapun bergantung kepada keadaan suhu persekitaran ataupun disebabkan"grooming"nya sendiri.

Hidung kucing yang kekeringan juga terjadi semasa ianya dalam keadaan sihat iaitu suhu badannya normal sebab banyak darah yang disalurkan ke permukaan hidungnya melalui liang/pembuluh  darah yang kecil serta mengeringkan sebarang basahan di hidungnya kerana proses penyejukan suhu badan.


***Keadaan hidung kering ataupun basah tiada kaitan ataupun petunjuk yang ianya sakit***

3 comments:

Jan@Afzan said...

Oh, thanks so the info..baru jek nak bertanya. Ingatkan kucing saya selsema...hehe

Anonymous said...

kucing sy ..saya bela baru2 ni..mula2 dia manja lah ok..tp br2 ni perangai dia pelik..dia x suka sy usap dia..dia akn cakar dan gigit walaupun dia gesel kat kaki saya...dulu kalau saya main komputer..tengok tv..dia akan duduk sebelah saya..tp kali ni tak..bila saya letak kan dia kat seblah saya..dia akan pergi tempat lain..kejap ke dia stay..pastu baru2 ni dia suka keluar rumah..dulu tak..mak saya tak kasi dia keluar rumah sebab takut kena kurap.tp dia tetap keluar..bila saya tutp pintu beranda supaya dia tak keluar ..dia akn keluar melalu tingkap walaupun tingkap kecil..sy risaulah.

Cat4U said...

Crita ni hal kucing jdi aggresif..faktor yg dipengaruhinya adalah disbbkan bebas keluar..dn amali fizikal attck diluar tu..smada dri kucing lain ataupun manusia..cara crita awak ni..sperti diluar sana dia pernah dibuli/dipukul oleh manusia sbb tu jdi aggresif kat awak..tmbhan lgi jika kucing awak tu jantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...