Monday, October 24, 2011

Suara Kucing Marah

Apabila kucing menyuarakan ataupun membunyikan "ssshhh" ataupun "hisss" ini adalah amaran darinya dan bersedia untuk menyerang walaupun ianya sudah lama bersama-sama dengan kita.Ini adalah "vokal" bahasa kucing dari kucing kerana keadaan ketika itu tidak menyenangkannya dan erti kata lain "MARAH"..ataupun dikenal sebagai "Hissing" dalam bahasa yang digunakan untuk mengambarkan situasi ini.

Antara sebab-musababnya menbunyikan "ssshh":
AMARAN SUPAYA BEREDAR
>Ianya menbunyikan sebegini sebagai tanda amaran kepada kucing lain ataupun haiwan lain(seperti terserempak dengan ular ataupun haiwan lain yang dirasainya boleh mencederakannya) supaya beredar segera sebelum ianya bertindak ganas.Ertikata lain, kucing memberi amaran agar beredar dari kawasan untuk mengelakkan pergaduhan.
BERDENDAM
>Kucing yang kita sayangi tetiba saja menyuarakan sebegini bila kita hampirinya walaupun sudah bertahun bersamanya.Ini adalah kerana kucing bersifat "dendam" dan masih segar dalam ingatannya apa-apa kesakitan yang disebabkan oleh kita seperti memukulnya ,ataupun merawatnya tempat sakitnya seperti luka dan sebagainya.Bermaksud pa saja yang kita lakukan pernah menyakitinya walaupun sudah lama tetapi masih segar dalam ingatannya.

MENGAJAR ANAK
>Ibu kucing akan menbunyikan "hisss" terhadap anak-anaknya sebagai "vokal" menyuruh anak-anaknya tidak menghampirinya buat seketika terutamanya terhadap anak-anak susuannya.Ini kerana ibu kucing perlukan masa tersendiri bagi penghasilan susu badan.Jika dibiarkan maka kering susunya.Keadaan ini tidak memudaratkan ,sama seperti kita marahkan anak-anak demi kebaikan mereka sendiri.

SAKIT
>Kucing akan "shhh" jika kita hampirinya ketika sakit , tambahan pula menyentuh bahagian sakitnya.
TETAMU LUAR
>Bagi kucing tetamu baru yangbelum pernah ditemuinya samada kucing lain ataupun manusia baginya adalah ancaman.

11 comments:

UniMeOw said...

lg 1,,kalo kita dukung dia pas kita dukung kucg lain yg dia x suka..

coz bau kucing lain tu still melekat kat baju kita..haha

Lily RIna said...

Ooo, cmtu rupanya

hasyik said...

Hai salam...selamat malam...ade 1 pertanyaan...kucing sy bru melahirkn anak sebulan lepas...;pd pagi ini ketika bgn tidur sy terkejut kerana kucing sy bertindak menyerang anak2nya...nasib baik sy letakkn anakmye didalam sangkar...ketika si jantan mendekati juga die marah n hissing...lg 1 ketika die menerkam anak2 atau si jantan kucing betina sy ini terberak n terkencing ..kesian sy tgok.tlglah sy..terima kasih

Kucing Utara said...

wasalam..sila rujuk entri mengenai kenapa kucing bunuh anaknya

Kucing Utara said...
This comment has been removed by the author.
Jeffry Khalid said...

Salam...sy nk tnye...br2 sy pisahkn anak2 gan mak kucing slame 3 ari di rumah lain sbb anak2 nye demam...oleh kerana sy xdpt jaga sebeb kerja sy hantar ke rumah family...tp bila bawa blk...mak kucing ni marah n xnk dekat dgn anak2 nye...dy akan buat 'hiss' tu klu anak2 nk dekat gab dy...ade x cara utk pulihkn keadaan....sy rse bsalah lak sbb pisahkn mak gan anaknye bile jd camni...

Kucing Utara said...

masalahnya adalah sudah dipisahkan dari ibunya dan ibu kucing sudah terputus hubungan dgn anaknya dn menganggapkannya bukan anaknya lagi

Unknown said...

Nak tnya. Kalau ibu kucing marah pada kucing jantan sbb apa ya

Kucing Utara said...

sebbnya elakkan dari mengawan

Unknown said...

Selamat malam...sy nak tanya, sebelum ni hbgn ibu kucing sgn anak2 ok je..tp tiba2 hr ni, dia serang anak dia...pagi td sekali, tp lepas beberapa jam...ok balik, malam ni jadi balik...boleh sy tau cara penyelesaian dia mcm mn?

Kucing Utara said...

Ni tiada masalah cuma siibu nk ajarkan mereka jdi berdikari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...