Nufnang Ads

Tuesday, May 1, 2012

Cara periksa kegemukan kucing

Kebanyakan dari peminat kucing ataupun penyayang kucing mahukan kucing kesayangan yang dimiliki adalah gemuk serta sihat kerana lagi gemuk lagi comel jadinya.Namun, kegemukan juga boleh mengundang pelbagai penyakit kepadanya seperti diabetes ,masalah jantung , keletihan dan sebagainya.


Cara pemeriksaan sendiri selain daripada berat badannya:
>Kurus-Melalui sentuhan dapat merasakan tulang belakangnya serta juga bila menyentuh tulung rusuknya kiri dan kanan dapat membilang satu persatu seerta dirasai tulang rusuk yang agak kurang daging/lemak yang menyelaputinya.
***Jika nampak secara fizikal samada tulang belakang & rusuknya ini adalah keadaan terlalu kurus dan perlu diberi perhatian.

>Ideal/berat yang baik-Sama juga kaedah memeriksanya dan masih dapat merasai tulang belakang dan tulang rusuk tetapi agak sukar untuk membilangnya satu persatu .Merasai kedudukan tulang rusuknya tetapi agak keliru dalam pembilangannya.Ini kerana tulang-tulangnya itu diselaputi daging serta lemak dan agak sukar mementukannya bagi tulang rusuknya di bahagian hampir perutnya.

>Gemuk-Hampir tidak dapat dirasai langsung tulang rusuknya tetapi dapat juga merasai kedudukannya di bahagian hadapan .
>Obses-Tiada dapat mengesan langung keddudukan tulang-tulang rusuk kerana lapisan lemak yang melindunginya.

2 comments:

ctpayong said...

Infomasi yg sangat berguna. Paling tidak kita boleh kawal pemakanan mereka.

Apakah ada cara lain bagaimana kita dapat mengetahui tentang obesiti kucing sbb kakCT ada seekor yg cacat ie jalan mengesot. Jadi nmpak macam gemok sbb posisinya tidak macam kucing biasa.

Cat4U said...

sama2 kakCT...cara yg lain ada timbangan berat badannya..jika lebih 6 kilo tu sudah gemuk>>obesiti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...