Nufnang Ads

Tuesday, May 15, 2012

Penyakit Sporo Kucing

Jangkitan Sporo ini boleh berlaku kepada kucing, anjing serta juga kepada kita.Namun, mudah dijangkiti kepada anjing.Ianya adalah dikenali sebagai "sporotrichosis" iaitu berpunca dari kalangan "fungus" kulat yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii.Sekiranya dijangkiti ianya seperti mana kurap serta berkudis dan mudah di salah anggapkan sebagai kurap kucing biasa ataupun kudis.

Anggota Badan kucing yang kerap dijangkiti:
Jangkitan ini mudah dikesan di bahagian muka,kepala, ekor dan juga kakinya.Secara umumnya bahagian muka adalah yang mudah terjadi.

Punca kulat Sporo:
Kulat Sporo ini boleh dikesan daripada tanah yang tercemar serta juga sisa-sisa organik seperti bangkai yang ditinggalkan tanpa ditanamkan.


Risiko kepada Kucing:
Kucing yang bebas keluar masuk ataupun outdoor lebih terdedah kepada jangkitan ini terutamanya jika terlibat di dalam pergaduhan dan terluka kerana kulat ini tertarik kepada kesan luka yang masih baru serta pula mudah berdarah kembali jika di garu sendiri kucing sebab kuku kucing terdedah kepada tanah terbuka.Terutamanya, kesan luka yang dijangkiti pelbagai bakteria dan menghasilkan bisul.Cecair bisa bisul ini menarik perhatian "fungus' sporo untuk bertapak di situ.


Tanda-tandanya dijangkiti:
Kemungkinan kucing mengalami tanda-tanda seperti di bawah:
>Kudis di bahagian yang mudah dijangkiti
>Kesan luka "pergaduhan" menjadi teruk
>Demam
>Tiada selera makan
>kelesuan
***Dapatkan pemeriksaan dari Vet berdekatan untuk kenalpastikan keadaan sebenar***

Sporo ini juga boleh menjangkiti kita kerana berasaskan kulat/fungus yang boleh tersebar "spora" biji benih kulat samada melalui udara ,sentuhan dan sebagainya.Jika dijangkiti dan tempatnya adalah jari-jari kita serta juga muka.Berhati-hati ketika menangani kucing yang mengalami sporo ini.

1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

Assalamualaikum , nk tnya...mcm mana cara terbaik utk rawat penyakit sporo ni? Jenis ubat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...