Nufnang Ads

Saturday, June 16, 2012

Kenalpasti Umur Kucing

Mengira ataupun meneka umur kucing agak sukar juga kerana mengenalpastikannya bergantung kepada keadaan jasmani,susuk tubuh badannya dan ketepatan umurnya hanya sekiranya kita ketahui hari dilahirkan.Persoalan timbul jika kita mengambil anak-anak kucing kucing ataupun kucing yang terbiar/ditinggalkan serta juga diberikan dari pemiliknya.

Kaedah yang paling mudah adalah dengan membuat nilain rujukan kepada keadaan giginya adalah cara yang paling umum dipergunakan dalam hal mengenalpastikan uurnya,namun ketepatannya agak sukar dibuktikan.

Pertumbuhan Gigi pada anak kucing:
>umur 2-3 minggu ..memiliki gigi kacip "incisor'
>umur 3-4 minggu ...memiliki gigi taring/siong "Canine"
>>umur 4-8 minggu ...memiliki gigi geraham "premolar"
>>Selepas 8 minggu kesemuanya giginya sudah cukup dan lengkap


Kenalpasti umur anak Kucing:
Berdasarkan jumlah & pertumbuhan giginya di atas dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengetahui umurnya dan sekiranya kesemua giginya sudah penuh dan lengkap dan boleh dianggarkan berumur antara 7-8 minggu.Begitu juga sebaliknya, sekiranya kekurangan jenis giginya.

Kenalpasti umur kucing dewasa:
Bagi kucing dewasa pula, gigi turut digunakan sebagai rujukan tetapi bukan jumlah gigi dan hanya berdasarkan keadaan giginya,Rujukannya adalah semakin banayak masalah gigi terhasil seperti pembentukan tar giginya ,kekuningan dan sebagainya.Sekiranya kekurangan gigi juga mengambarkannya agak berumur dan berkemunginan sudah melebihi 5 tahun.(***ini bergantung kepada sejarah penjagaan,pemakanan,hidupannya sebelum ini samada dijaga dengan baik ataupun yang liar ***)

6 comments:

ctpayong said...

oooo....patutlah kalau kakCT bawak pergi vet., doc mesti tengok gigi kalau kucing yg kita bawa adalah stray cats.

terima kasih maklumat di atas.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Maaf jika salah tempat tetapi saya ingin mendapat kepastian, jika Ibu Kucing tiba-tiba berubah sikap dengan anaknya adakah kerana Ibu Kucing tersebut sudah tidak mengenali anaknya? Atau sememangnya lumrah begitu apabila anaknya sudah berusia 5 bulan lebih ibunya tidak akan mengendahkannya lagi?

Cat4U said...

btul2...sbb 5bulan ke atas sdh dinggp boleh berdikari sendiri..tmbahn pula jika anaknya jntan..kerana berpotensi mengawn dngn ibunya..ini dikenali sebagai "in-Breeding"...sbb tu ibunya jdi kasar

Cat4U said...

Kak CT..btul2 ...sama2 kita blajar

Anonymous said...

tp kn ade kucing kt rumh sy..nmpk da besar la kucing nya hmpr sme besar ngan ibu dy..msih susu n xpnh merayap jauh2 dr ibu dy..n ibu dy ade bby kcik lg.tp yg besar jgk dy jg..conpiuss di buat nya.

Fauzan Che Wan said...

knp kucing umah sy xsuka kucing jantan umah sy,bila kucing jantan dekat,dia marah n bedegus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...