Nufnang Ads

Monday, June 11, 2012

Undang-undang mengenai kucing

Kucing juga tidak terlepas dari mematuhi undang-undang yang dicipta manusia bagi menanganinya di dalam kehidupan bermasyarakat bersama-sama manusia.Waluapun undang-undang ini dikhususkan kepada kucing namun pemiliknya yang bertanggungjawab...


Undang-undang hal kucing di USA , mari kita teliti dan agak lucu juga bila memahaminya;
>Pergaduhan antara kucing & anjing dilarang sama sekali berhampiran" statute" di Barber, North Carolina.
>Kucing tidak dibenarkan mengawan tanpa permit di Ventura County, California.
 >Kucing dilarang mengawan di dalam jarak 1500 kaki dari rumah ibadat,sekolah & Tavern di California.
>kucing di Cresskill, New Jersey pula wajib dipakaikan 3 loceng untuk memberi amaran kepada burung yang kucing berada berdekatannya
>Semua kucing hitam wajib dipakaikan loceng di hari jumaat jika haribulannya 13 di French Lick Springs, Indiana.


>Kucing tidak dibenarkan tinggal atau tidur di dalam kedai roti & kek "bakery" di Duluth, Minnesota.
>Menjadi satu kesalahan jika memberikan rokok,cerut yang dihisap(mempunyai bara api) kepada kucing di  Zion, Illinois.
>Kucing dilarang mengiau selepas pukul 9 malam di Columbus, Georgia kerana kebisingan.
>Hanya 2 ekor sahaja dibenarkan di pelihara kucing untuk satu isi rumah di Shorewood, Wisconsin.
> Manakala di Topeka, Kansas,hanya 5 ekor sahaja dibenarkan di pelihara kucing .
>Tidak dibenarkan memelihara kucing bersama-sama burung peliharaan di tempat yang sama di Reed City, Michigan.
>Dogcatcher ataupun anjing pengesan anjing terbiar dilarang mengganggu sebarang kucing di Virginia.
>Penjagaan besama kucing selepas bercerai pasangan dilarang sama sekali tetapi ditentukan pemilik tunggalnya berdasarkan kepada siapa yang melayan lebih ketika bersama di  Madison Wisconsin.


Namun, ini adalah sebahagian daripada undang-undang mengenai kucing di luar negara  ,yang tercipta untuk jalinan kemasyarakatan antara kucing dan penduduk setempat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...