Nufnang Ads

Friday, June 1, 2012

Waterless Shampoo Kucing

Bila kucing kekotoran ataupun badannya mulai berbau hapak , perlu dimandikan kerana untuk membersihkannya , tetapi keadaan menjadi sukar sekiranya kucing yang dimiliki agak sukar menghadapi air.Tuan pemiliknya jadi kebingungan hendak memandikannya sekiranya kucing yang jenis tidak sukakan air serta juga tiada masa untuk memandikannya.

Pilihan alternatif Memandikan Kucing:
Salah satu cara alternatif untuk memandikan kucing adalah secara "waterless" iaitu pemandian dengan menggunakan spray shampoo yang tidak perlu dibilas lagi dengan air.Walaupun secara namanya dipanggil sebagai "waterless' bukannya bermaksud tiada langsung cecair yang digunakan ,cuma tidak perlu lagi membasahi bulu-bulu kucing dengan air sebelum dan selepas di shampoo kan.


Seperti Produk di atas iaitu "HARTZ" membantu kita memandikan kucing secara "waterless' dan mudah digunakannya:
>caranya adalah dengan spraykannya ke berus kucing bukannya ke bulu kucing kerana kucing akan takut disebabkan bunyian spray
>Beruskan ke bulu-bulu kucing seprtimana kita menyikatkannya seprti biasa ,cuma beurs ini dibasahi shampoo ini.
>ulangi beberapa kali sehingga keseluruhan badannya diberuskan.

Kebaikan:
>Kucing tidak terdedah terus kepada basahan air biasa kerana ini boleh menyebabkannya mudah mendapat selsema
>Mudah dan cepat untuk proses pemandian sebegini terutamanya jika kita miliki banyak ekor kucing.
>Boleh digunakan bila-bila masa perlu dan tidak seperti mandian biasa yang menggunakan air kerana waktu mandi biasa bergantung kepada cuaca sekeliling.




3 comments:

ctpayong said...

wah....bagus neh.

mesti carik!

Salhah Suhot said...

ada jual tak shampoo ni?

Cat4U said...

ada..sila ke facebook kucing utara jika nk order

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...