Thursday, July 5, 2012

Peranan lidah Kucing

Lidah kucing mempunyai beberapa jejari kecil terpacak di permukaan lidah dan panjangnya lebih kurang 500mikrometer yang berbentuk seperti sikat di mana kedudukan jejari ini melawan arah iaitu ke arah ke dalam mulutnya.Secara umumnya permukaaan lidahnya agak kasar sperti kertas pasir.

 Fungsi Lidah Kucing
> Sebagai sikat untuk menyikat bulu-bulunya yang kusut,membuang bulunya yang mati serta juga kutu-kutu dn juga telur kutu yang terlrkat di bulunya
>Lidah juga berperanan dalam kerja-kerja menyiatkan,menghancurkan makanan yang dimakannya
Lidahnya juga membantu ketika ianya mengasingkan baki daging dari tulang ketika pemakanan.
>lidah juga berkeupayaan dibentuk seperti sudu untuknya ketika meminum air.

>Lidahnya yang berjejari ini juga berfungsi membantunya menstabilkan gonggongan mangsanya seperti tikus dan lain-lain.
>Kaedah in juga digunakan anak kucing ketika menghisap susu ibunya dengan bantu jejari lidah ketika memegang puting susu ibunya.

***Kucing agak lemah dalam deria rasa ,,ini adalah kerana kucng hanya mempunyai lebih kurang 470 *penerima rasa* berbandingkan manusia mempunyai hampit 9000.Juga dipercayai kucing tidak dapat merasai manis.Dengan kelemahan ini,kucing pula berkelebihan dalam deria bau yang lebih peka dan ini adalah caranya mengenali makanan melalui baunya bukannya melalui rasanya***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...