Nufnang Ads

Tuesday, July 31, 2012

Zat Keperluan Kucing Dewasa

Kucing dewasa yang dimaksudkan adalah kucing yang dikategorikan berumur lebih daripada 7 Tahun iaitu separuh daripada jumlah jangkahayatnya (secara purata jangakahayat kucing 15 tahun) dan sama seperti memasuki alam senior/veteran ataupun alam ketuaan.Dari segi pemakanannya amat penting yang berzat tertentu untuk mengimbangi keperluan hidupan sehariannya.


Zat Yang diperlukan:
 Kalori sehari>>Ianya memerlukan secara asasnya 60Kcal/kg berat badannya sebagai mengimbangi kadar metabolisma yang berkurangan.
Taurine>>Iaitu amino asid yang diperlukan kucing kerana kucing tidak berkeupayaan menghasilkan taurine secara biologi dan pengambilan seharian yang diperlukannya adalah dalam lingkungan 1000 ke 1500 ppm(secara asasnya makanan preimuim mengandungi zat ini).Kekurangan taurine boleh menyebabkannya kecacatan mata seperti kabur,rabun malah buta,penyakit nuerologi, lemah daya tahandiri(imunisasi) dan lain-lain lagi.
Fiber>>>unsur penting dalam mengatasi masalah sembelit, buasir dan juga hairball dalam perutnya.Penambahan fiber dalam pemakanannya dapat membantu sistem perkumuhannya.


Protein>>> Tidak perlukan pada kadar yang tinggi dan terbak adalah dalam lingkungan 26% saja.
Garam>>Pengurangan kadar garam bergantung kepada tahap kesihatannya ,sekiranya kucing mengalami masalah buah pingang(kidney) ataupun jantung semestinya pengurangan kadar garam adalah kemestian.
Fat/lemak >>Tidak diperlukan kerana kadar kecergasannya "metabolisme menurun dan pengambilan lemak menyebabkannya kegemukan.
Air>>Air bersih adalah sangat penting ubtuknya kerana air dapat menghindarkannya dari kekeringan *Dehydration* serta juga mengalakkkannya kencing yang akan mengurangkn risiko penyakit  *Feline Urologic Syndrome(FUS)*


>>Vaksin yang diberikan secara berjadual adalah diperlukannya untuk menguatkan daya tahan diri dari serangan sebarang bakteria/virus<<
~~Apa yang tertulis di sini adalah sekadar panduan bukannya menjamin tahap kesihatan kucing dan dapatkan pandangan dari veterinarian mengenai zat yang diperlukan kucing dewasa kerana pemberian zat tambahan adalah bergantung kepada sejarah kesihatan individu kucing~~~  



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...