Nufnang Ads

Followers

Saturday, November 24, 2012

Kesan sampingan selepas Vaksin Kucing

Secara umumnya kesan sampingan yang boleh dilihat/diperhatikan selepas suntikan vaksinasi kepada kucing terutamanya anak kucing adalah seperti rasa mengantuk,tertekan dan juga ada yang tiada selera makan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suntikan vaksinasi yang diberikan adalah virus hidup disuntik ke dalam badannya bersama-sama dengan bahan lain iaitu "additive reactive" yang dikenali sebagai"Adjuvant"yang membentuk tindak balas imunisasinya terhadap virus baru ini. Ia berlaku kerana badan anak kucing yang muda ini, baru mengenali/menerima jenis "virus baru" di dalam sistem badannya,sistem badannya akan mula jadi begitu sibuk cuba untuk melawan virus baru ini serta pembentukan dayatahan baru untuk dirinya.Simulasi secara terus tindakbalas di dalam sistem badannya adalah sama sepertimana yang akan berlaku dengan setiap jangkitan yang dihadapi ketika melawan virus, ianya bukan sesuatu yang luar biasa bagi kucing ataupun anak kucing untuk berasa kelesuan, tiada selera makan dan juga boleh mendapat demam berikutan imunisasi.
Keadaan ini cenderung untuk berlaku apabila kucing yang telah diberikan sebilangan besar vaksin untuk melawan virus (contohnya kucing diberikan vaksin penuh: herpes vaksin kucing, vaksin calicivirus kucing, imunisasi panleukopenia kucing, imunisasi chlamydia, vaksin leukemia kucing dan lainnya).


Dalam tempoh 24 jam pertama selepas diberikan vaksinasi, tidak perlu bimbang sekiranya terjadi tanda-tanda seperti ini.Apa yang penting adlah tempat tinggalnya iaitu di tempat yang bersuhu selesa bersertakan dengan air yang banyak tersedia (jika ianya tidak mahu minum diperlukan memberikannya minum menggunakan syringe sejumlah kecil air untuk mendapatkan sedikit cecair kepadanya). Untuk makanan pula boleh diberikannya dengan makanan yang berbau kuat untuk menggoda/menarik perhatian mereka kepada makanan yang berbau kuat .

****kucing yang tidak ataupun mula minum dan makan selepas 36 jam ataupun paling lama 48 jam, anda perlu mendapatkan nasihat veterinar***


35 comments:

Anonymous said...

nak tye. kucing pas beranak bole tak kena cucuk? ke nnt ade effect kat susu die?

K.U. said...

xdigalakkan sbb vaksin adalah "menmbah virus"

pajo said...

vaksin setahun sekali ke

Kucing Utara said...

ya

Anonymous said...

Kucing pertama kali vaksin muntah2 selepas 2 hari vaksin tu normal ke tidak?

Anonymous said...

Nak tnya..kucing sy br 3hari cucuk vaksin, boleh mandulkn x?

Kucing Utara said...

xdiglakkan perlu tunggu hingga ianya sudah menerima sepenuhnya vksin ykni virus barunya tu

Anonymous said...

Kucing saya (6 bln)muntah dan cirit birit slps 2 hari inject vaksin yg pertama.adakh itu tindakbalas normal

Kucing Utara said...

rasanya normal sebbnya masih ada kesan sampingannya tu..jika masih berterusan sampai lebih 3hari tu... sila ke vet tmpat yg divaksinkn

Anonymous said...

AS SALAM...nak tnye...ape akibat kucing yang tidak diberi vaksin??

Anonymous said...

Salam ..
saya ingin bertanya selepas penerimaan utk vaksin kucing, bagaimana tanda2 kucing itu kelihatan normal?

terima kasih

Anonymous said...

Sy nak tny...slepas dsuntik kucing sy trlalu lemah dan x boleh bangun..normal ke tu?

na nard said...

kucing sy baru vaksin 3 serangkai(bak kata doc vet tu) utk kutu,kurap,cacing...pas cucuk tu seharian dia letih xnk kuar sangkar...mak igt dh mati..sbnrnye dia tdo...dua ari lepastu...selera makan naik..tp bulu gugur teruk..bhgian kaki..kesian plak..tu kesan sampingan gak ke?

Kucing Utara said...

bulu gugur setempat begini adalah kaitan dengan fungus luaran yang sebabkan kurap..vaksin utk virus

anis elans said...

Anak kucing saya first vaksin.
Ni jam yang ke 27 dia masih tidur,hilang selera,memang tak bangun untuk makan dan minum. Tak bangun ya.
Saya force feed air,meronta tak nak,gaya nak telan pun susah,dah kena ulser ke? Kesan dehydrated? Makan,ada bagi AD can food,sikit. Tolong jawap ya saya risau

Kucing Utara said...

masih dlm kesan vaksin sbb tu jdi bgitu

Anonymous said...

Kucing saya umur 6 bulan dan dibawa ke klinik untuk divaksin.selepas tu,kucing saya cirit birit dan muntah dalam masa beberapa hari.jadi,apakah penyelesaiannya?

Kucing Utara said...

jika berterusan sehngga lebih semnggu sila ke klinik yg sama dia divaksinkan

badrul hakim adzizan said...

Boleh tahu dak kenapa bulu kucing luruh pada bahagian tempat suntikan vaksin di bahagian badan kucing ...dan terlihat seperti kesan luka ...

Kucing Utara said...

sila bawa ke klinik utk pemeriksaan lanjut dn berkemnungkinan kesan sampingan

Ling said...

Tumpang tanya. Anak kucing saya around 5-6. Selasa lepas (13/12) cucuk vaksin + ubat cacing . Sampai sekarang yang sekor tu asyik cirit birit. Yang sekor lagi sebelum vaksin mmg lesu. Tapi lepas vaksin saya ada perasan dia muntah darah. Tolong explain boleh ?

Kucing Utara said...

penerimaan dan tahap alahan kucing terhadap vaksin adalah berbeza..keadaan ni sebaiknya di rujuk kembali kepada vet yg berikan vaksin kepadanya utk rwatan susulan

ara fassy said...

Kucing saya pun macam tu, risau pulak dibuatnya

pijot hafiz said...

Kucing jantan bole mandul terus lepas vaksin kan

Kucing Utara said...

sebaiknya selepas "sembuh" vaksinnya dulu

wani hassan said...

Saya nk tnya..anak kucing saya diberi suntikan ubat cacing..then selepas beberapa hari tu dia jadi tak tentu arah...adakah effect darin suntikan ubat cacing ?.. bagaimana nak atasi

Kucing Utara said...

kaedah suntikan ubat cacing tidak tahu dan pasti samada ini berkesan sebab umumnya ubat cacing diberi makan dalam bentuk pil ataupun cecair kerana cacing mendiami dalam ususnya,

Anonymous said...

Assalam..sy nk tny klu br lepas vaksin bleh bg mkn ubat x?..cth mcm ubat demam or antibiotik..tq

Kucing Utara said...

tidak digalakkan

nur syuhada said...

assalamualaikum kucing saya baru lepas kena suntikan 3serangkai smlm . balik tu ok selera makan , tiba-2 harini lesu tk larat bangun tido je . kenapa ye ? smlm boleh jalan harini jd tk larat jalan melelong , dan sekarang tidur je

Kucing Utara said...

itu kesan sampingannya.

nur syuhada said...

tak bahaya pada kucing kew ? sbb seekor lg tidur tknk makan, seekor lg tu makan tp still tk larat bangun . harini hari kedua kucing-2 saya terbaring je . selalu kesan sampingan berapa hari baru kucing pulih ?

nur syuhada said...

selalu kesan sampingan berapa hari ? harini dh dua hari kucing saya terbaring. seekor makan tp terbaring, seekor terbaring tk makan .

Unknown said...

Nak tanya kucing sy br sebulan lebih beranak,,tbe2 dia dh on heat, hrtu bwk gi cek pastu nk mandulkn, doc dh cucuk vaksin,, lg dua mngu operate,,,cuma nl tnye,, selepas 3 hr vaksin,baby bole menyusu ngn dia x?

Kucing Utara said...

vaksin tidak memberi kesan kepada anaknya yg disusukan..vaksin ini terkesan kepadanya saja dan selalunya selepas seminggu divaksinkan utk keserasian hasilan vaksin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...