Nufnang Ads

Sunday, August 18, 2013

Penjagaan Kucing Indoor

Kadang-kadang ianya bersebab untuk membiarkan kucing kesayangan tidak keluar langsung dari rumah dan ini kerana anda tinggal di blok rumah pangsa,teres ataupun kerana baka asli yang mahal harganya dan risaukan mereka mungkin dicuri. Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan bahawa kucing tertutup dilayan serta sentiasa cergas dan sihat.

Mempunyai lebih daripada satu kucing
Kucing adalah haiwan yang suka bergaul ataupun bersosial diantara mereka dan suka bermain-main bersama rakannya yang lain. Ini adalah penting terutamanya apabila mereka tidak boleh pergi ke luar - dengan cara ini, apabila kita tiada di rumah ketika keluar kerja, mereka masih boleh menghiburkan diri.


Membolehkan kucing melihat di luar
Kucing adalah haiwan yang memounyai sifat sangat ingin tahu dan amat suka jika diberikan peluang untuknya melihat ke luar. Dengan berpeluang melihat luar serta dapat melihat aktiviti luar seperti  burung dan serangga atau orang lalu lalang terutamanya di waktu pagi, ini boleh memastikan mereka rasa terhibur dan mengurangkan rasa tertekan kerana seharian terkurung di dalam rumah. Tempat yang terbaik adalah ruang tingkap yang mempunyai tebing serta membolehkannya duduk di atasnya ataupun pintu cermin "sliding door"sambil memerhati dunia luar.


Memantau berat badan kucing
Kucing dalaman "indoor cat" cenderung untuk hidup gaya hidup yang agak/kurang aktif dan mudah boleh mendapatkan berat badan berlebihan kerana makanan yang dimakannya adalah lebihan kalorinya berbanding aktiviti mereka. Perhatikan apa yang diberi mereka makan adalah mencukupi, jangan beri  makan diatas permintaannya, kerana mereka juga akan meminta makanan lagi untuk mengelakkan  kebosanan. Sesetengah pengeluar membuat makanan terutama untuk kucing indoor adalah disediakan nutrien yang optimum dan mudah sebabkannya menjadi gemuk.

Pastikan tray pasir sentiasa bersih
Menyediakan satu tray pasir najis untuk setiap kucing adalah yang terbaik kerana kucing cenderung kepada privasi iaitu tidak suka berkongsi tandasnya dan sentiasa memeriksa untuk mengurangkan bau yang tidak menyenangkan kerana kucing tidak suka tandasnya berbau serta kucing cenderung tidak akan menggunakannya jika kotor serta boleh membawa kepadanya jangkitan.Ini juga salah satu sebabkannya membuang di tempat lain.

Sentiasa Grooming membersihkannya
Kucing indoor tidak terkesan kepada perubahan suhu kerana persekitaran suhu bilik adalah lebih stabil dan tiada perubahan suhu yang ketara sepertimana kucing yang bebas keluar dan terdedah kepada terik matahari yang sebabkannya mudah menjilat-jilatkan bulu sebagai penyejuk. Namun begitu, kucing indoor juga masih menjilat-jilatkan bulunya "self grooming" bilamana perlu seperti jika ianya teransang kerana perubahan suhu,mengeluarkan bulu yang mati,basah bulunya dan lain-lain.Kucing menikmati proses dandanan/sikat yang kita buat untuknya kerana ia agak menghiburkan dan menenangkan malah mengurangkan hairballs kepadanya,

Biarlah mereka duduk di tahap yang berbeza
Kucing suka melihat keadaan sekeliling dari ketinggian yang berbeza terutamanya berada dari tempat yang tinggi. Biarkan mereka mempunyai akses, jika boleh, biarkan mereka duduk di atas tmpat tinggi  seperti rak buku atau almari pakaian dan lain-lain. Selain itu, ada juga platform yang dibuat tinggi untuk kucing yang boleh dibeli dari petshop.


Scratching post 
Kucing indoor tidak mempunyai peluang untuk mengasah kuku mereka dari masa ke masa untuk pastikan kukunya sentiasa segar/kuat, jadi pos menggaru adalah penting untuk mengelakkannya menggaru perabut kayu di rumah. Sesetengah suka mencakar kotak kadbod dan ini adalah penyediaan yang paling murah/ekonomi.


Menyediakan permainan
Ia tidak perlu untuk menghabiskan wang permainan kucing tetapi ia adalah penting untuk memastikan bahawa kucing anda mempunyai beberapa mainan yang disukainya serta menghiburkannya. Ini penting kerana dapat menajamkan deria mereka dan memberi mereka peluang untuk bersenam. Kucing suka perkara-perkara mudah seperti bola ping pong, reben,bola kertas dan keping bulu serta dapat menghabiskan berjam-jam mengejar mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...