Nufnang Ads

Followers

Tuesday, October 29, 2013

Langkah Merawat Kucing Patah Tulang

Memang tidak dinafikan yang kucing adalah haiwan fleksi dan amat tangkas yang boleh membuat lompatan tanpa sebarang masalah dan juga berkebolehan mendarat dengan ke empat-empat kakinya dengan selamat.Agak sukar dapat dilihat ianya jatuh secara terlentang.
Walau bagaimanapun,kejatuhan dari tempat tinggi ataupun perlanggaran dengan kereta,serangan haiwan lain,didera oleh manusia adalah antara faktor menyebabkan kucing mengalami patah tulang samada tulang paha, pelvis dan lainnya.

Keadaan Berkemungkinan Kucing Patah Tulang
Bilamana kucing berada dalam kesakitan terutamanya kesan patah tulang bersertakan kesakitan lain yang dialaminya kesan impak jatuhan ataupun terlangar dll, ianya akan bertindak aggresif seperti menggigit/mencakar kita, tidak kira betapa lembutnya kita memegang/menyentuhnya.Apa yang boleh kita tenangkannya adalah menutup/menyelimutkan kepala/mukanya ketika hendak memeriksa  badannya secara menyeluruh samada ianya patah ataupun tidak.


Kucing memang agak bijak dalam menyembunyikan kesakitan mereka,Lihat tanda-tanda yang ditunjukkannya seperti: 
Meraung atau marah tetiba-tiba jika menyentuhnya
Tidak berjalan atau tidak menggunakan anggota badannya yang sakit

Tidak makan atau asyik tidur tetiba atau menyembunyikan dirinya
Bengkak atau lebam di kawasan yang cedera.
Kesan Luka/darah

Langkah Segera
Setelah kenalpasti kedudukan patah tulangnya adalah tindakan yang perlu diambil adalah membaluti dengan tuala bersih menjadikannya tebal supaya kukuh dikedudukannya di kawasan yang berdarah atau di tempat patah tulang.
Kurangkan terlalu banyak menyentuh/pegang bahagian tulang yang patah dan segera membawanya ke doktor haiwan anda untuk pemeriksaan/rawatan lanjut.Doktor haiwan akan menilai tahap kesihatannya dan setelah ianya tenang sinar-X digunakan untuk kenalpasti keadaan tulangnya yang patah dan akan membuat rawatan lanjut bergantung kepada tahap patahnya itu.

 

Penjagaannya:
Disarankan menghadkan aktivitinya seperti bebas keluar/masuk ,banyak bergerak/berjalan,melompat dan sebagainya. Mana-mana bahagian yang dibalut hendaklah sentiasa dalam keadaan kering(basah/kelembapan kain balutan akan menarik kuman/bakteria).
Jika ia menjadi basah, terutama dari air kencingnya adalah perlu digantikan dengan yang baru. Anda Sekiranya kucing mula mengunyah/mengigit tempat balutannya ,Kolar Elizabeth adalah alat pencegahannya dari berbuat demikian iaitu dipakaikan dilehernya dan menghalang mulutnya mencapai tempat yang hendak digigitnya.

Tulang biasanya mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk sembuh. Susulan sinar-X biasanya diambil untuk memantau penyembuhan jika perlu(sila bincang dengan doktor haiwan anda). Walau bagaimanapun, kucing berkeupayaan untuk menyembuhkan tulangnya sendiri dengan baik "self healing".

 
 

53 comments:

Anonymous said...

Brape kos anta kat doktor haiwan?

Azreen Syafeezy said...

aslm kucing sye kene serang pstu kaki dia patah dan mata sebelah dah trkeluar...please help nak buat apa ni

Unknown said...

Kucing sy jatuh dr tingkat 2,kaki kiri dia patah. Agak2 berapa kos rawatan dia ya.

Unknown said...

Kucing sy jatuh dr tingkat 2,kaki kiri dia patah. Agak2 berapa kos rawatan dia ya.

Unknown said...

Anak kucing saya kaki belakang kiri kanan patah akibat kena pijak .so mcm mne nak buat ni sebab kedua2 kakinya x boleh jalan.harap reply secepat yg mungkin

kak kem said...

kucing sy dilanggar kereta rsnye ade tulang patah tp bole gerak sikit tukar posisi tdo. yg sy risau skrg dia kncing berdarah. klinik smua ttup sbb new yr. ape sy nk buat

Kucing Utara said...

buat sperti langkah segera yg ditulis dalam tajuk ni

muhammad farid kamarudin said...

ak pnah tanya vet tntg cost, depa ckp opration tuk patah tulang, mncecah 2000 rm.... kucing ak patah jari kaki, ak xtw nak buat camna da.. air mata ni asyik mengalir je tgk dia, nsib dia mkn lg. ... hurmmmm Allah slamatknla kucing ak si Obu..😒

Max Headroom said...

Kucing saya kena langgar semalam.
Patah kaki depan.
X ray RM170
Ubat2tan RM130

2 pilihan
Simen RM500
Masuk besi dlm RM1500

Pilihan saya ...bukan kedua2 ni.
Ubat2 tu ajele.

Bajet ciput.
Dia ni pun lasak.
Tahun lepas pun accident.
Rahang dia lari.
1 hari tidur kat klinik haiwan.

Anonymous said...

Anak kucing sy bru umo 2bln 2mnggu. Patah pinggang sbb d lnggar kereta. Dh bwa pegi klinik. Sbb x mmpu byar kos rwatan x ray sy cuma dberi ubat tahan sakit dan lawas. Hari ptama ke 2 dan 3 kucing saya ada Poo tp najis dia sikit, keras dan brketul. Hari2 berikutnya perut dia semakin mmbuncit dan keras. Sy ada juga bantu dia dgn sapu ubat lawas pd punggung dia sbb najis dia tesumbat. Tp mcm mna sy nk bntu dia kluarkan najis yg ada dlm perut tu ssb kesian perut dia smkin mmbesar. Dia masih ada selera mkn..😒

Azmie Kadir said...

As salam ptg td kucing sy jatuh dri tigkt 2...kaki peha dia patah seblh..pastu bila dia btuk atau bersin ada percikn darah kuar..nafas dia pun tercungap2 pastu kluar air liur. Sy xthn tgk dia menagis2 sy gn Ank sy..sy xtau nk wat apa bwk g vet smua tmpt dh tutp ptg..akhirnya sy reda bwk lik umh smua..srg ni hanya tawakl utk tggu pg esok bwk diag vet..ya Allah semoga dia dpt berthn..esok pn xtau bpe kos utk rawatan dia huhuhu mahal2 sy xmmpu 😩😭😭😭😭

amin shamsuddin said...

2 ekor kucing saya didera oleh jiran sebelah umh sy sendiri. Btol kata admin slalu nye diorang suke main2, lari sini sana. Tp pelik skrng byk tido, diam je, tibe2 sy sentuh kaki diorang, diorang bising2. Pastu diorang hilangkan diri,mkn pon xnk. Haih manusia perangai mcm binatang, jiran sendiri plk. Haiwan mempunyai perasaan, malu sbb ada manusia yg lebih teruk dri binatang. Terima kasih sbb share cara2 rawat kucing.

Kucing Utara said...

banyak bersabar saja lah...memang xfaham kenapa ada manusia yg suka derakan kucing..mungkin kerana mereka ni lemah/xberani sebab tu hanya berani cederakan kucing yg mana tidak mungkin kucing boleh lawan balik...

Hana said...

Salam..
Sy x bela kucing sbb takut x mampu nk uruskan. Tp sbg manusia,sy akan standby mkanan kucing kt rmh kalau2 tetamu kecil yg singgah.
2 hari lps terjumpa ank kucing dlm hujan lebat. Dia duduk je tgh jln x bergerak wlpn kereta lalu lalang. Adik sy sruh brenti sbb nk alihkan ank kucing tu. Tp disbbkan hujan dia sempat capai je & trus lari bwk masuk kereta. Sy toleh kiri kanan, xde lak nmpak ibu kucing. Last2 adik sy balut2 dgn kain yg ada dlm kreta & senyap2 bwk turun pegi skolah��. sy lak pegi keja.Tp sy sempat pesan, balik nnt lalu tpt yg jumpa ank kucing tu cuba cari2 klau ada ibunya. Tp still x jumpa. So dia pn bwk balik rumah je & letak dlm sangkar lama. Belek pya belek rupanya kaki blkg kucing tu mcm sakit.xtau la knp. Klau berdiri kaki tu mcm x jejakkan ke lntai. bjln pn mcm x balance. Tgk muka kesian... mata berair je. Sakit agaknya . Xpn rindu kan ibu nya��.

Kucing Utara said...

wasalam,,,kemngkinan kakinya sakit samada terseliuh/luka terlapak ataupun patah..utk pastikannya elok dpt rwatan klinik

Unknown said...

Kat rumah saya ada kucing liar dia sakit ayah saya kata dia patah pinggang ni tengah tunggu kakak pi antar kat klinik haiwan

Si baju kurung said...

Kucing saya jatuh dari tingkat 4 hari isnin baru ni..p hantar kar klinik rawat tgn patah tulang tersembul keluar.kos sume rm450 klinik swasta.kena admit 2 hari..ward sehari rm25.total rm450..nak p krajaaan xde plk die sediakn rawatan utk tlg pth.

Unknown said...

Kucing saya jatuh Dari tingkat 4. External injuries macam tiada. Tapi mulut dia bleeding. Is it because of its internal injuries?Kalau bawak pegi vet brapa angaran kos dia?

Kucing Utara said...

berkemungkinan rahang ataupun giginya yang patah..jika gigi patah boleh nampak

Farrah Asyiqin said...

assalam, kaki kucing saya saya mula2 nya cuma luka biasa sebab jatuh longkang. tpi bila dia jilat gigit2 dh terkoyak sbb jadi tegang.. saya boleh nampak isi dalam dia.. Ya Allah....Apa perlu saya buat? tolong reply segera.....

Farrah Asyiqin said...

assalam,kaki kucing saya berlubang, mula2 nya luka biasa tp dia gigit smpai nampak isi dalam dn daging..terkoyak lah..situ pun kt tmpat yg tegang..Ya Allah kesiannya dia...Apa perlu saya buat? mohon reply secepatnya

Kucing Utara said...

luka perlu dibalut utk elakan jangkitan

wna said...

Org tu tak berani dgn orang. Berani dgn kucing je. Manusia ni kdg2 klu yg zalim, dia tak tau esok2 kezalimannya akan dituntut oleh kucing tu.

edwina_li said...

Kalau patah tiada luka macammana?
Adakah boleh sembuh tanpa rawatan? kucing sy diam terbaring tp dia xnk mkn

Kucing Utara said...

patah tulang umumnya boelh sembuh sendiri- selfhealing sama seprti kita cuma kedudukan tulang yg patah tidak berkedudukan betul jika tidak diselaraskan kembali

Sopian Jonit said...

Rawatan klinik haiwan sgt mahal sehingga mencecah ribuan ringgit dan pastinya ramai yg tidak mampu. Diharap admin dapat memberi saranan rawatan alternatif yang murah dan mudah didapati di rumah.

Kucing Utara said...

rwatan secara kampung tradisional

Anonymous said...

Kucing sy (cuteh) patah tulang pinggul kerana dilanggar kereta pada ahad lepas (8 jan 2017). Cuteh meraung sakit..kesian sy tgk dan bwa ke mesra pet shop di presint 15 putrajaya. Kos rm41. Doktor bg ubat saraf dan sarankan wt x ray di vet hosp upm serdang. Sy tk mampu..tpi sy cuba cri tmpt yg murah utk xray. Sy col hosp vet gov di cheras. Tpi diberitahu alatan xray rosak. Las2 kawan sy sarankan sy ke klinik petcare di tmn melawati kl. Kos xray rm150..plus cosultancy semua dan tarnsit 1 hari rm35 semalam. Total kos rm220.doktor di petcare jg sarankan sy agar bwa cuteh ke hosp vet upm serdang. Sbb fikirkan tk mampu..mesti riban2 punya sbb drp xray tu cuteh mengalami patah tulang pinggul dan susah nk bjalan. Ekor dia x gerak langsung. Sy bwa balik masukkan dia dlm sangkar. Dia meraung nk keluar drp sangkar. Suami sy ckp..tk per kuarkan shj sbb dia tk leh nk gerak (berjalan). Sy dan suami keluar ke pasar seketika dan kembali ke rumah..cuteh dah hilang...2 hari tak balik. Sedih dan risau sy. Tpi harini (14 jan 2017 - sabtu)...waktu maghrib suami sy terdengar suara cuteh memanggil drp longkang dpn pagar rumah sy. Dia hidup lagi dan boleh berjalan! Menakjubkan...mashaaAllah..sy syukur sgt2 cuteh dah balik. Harap dia cepat sembuh. Sy bg mkn dan bg ubat saraf serta pil 4life utk dia. Sy tawakal kepada Allah. Moga cuteh sihat seperti dulu. Aamiin.

isma hazim said...

Mcm mane tu? Bole sy tahuu?

Adik Mona said...

Berapa lama kucing bleh baik selepas kakinye terseliuh

Buttercookies said...

Salam..klinik awk g tu katne ye.. doktor ckp td kalau operate kat spital dlm 1000++

Hana said...

Salam.

Sy cuma nk update pasal kucing patah kaki yg sy jumpa tahun lps. Dh gemuk & sihat pn dia. Nk attach gambar kt sini, tp sy x pandai.
Sambil2 sy bwk dia pegi vaccine sy mintak advice doc. Malangnya xde 1 pn klinik di kwsn sy yg ada mesin x-ray, yg ada cuma di Pulau Pinang. Berbelah bahagi sy antara kesian & fikirkan kosnya. So sy just sembang2 mintak advice doc kt klinik di tpt sy. Katanya kucing sy patah di bhgian pinggul, mungkin ambil masa nk baik secara natural. Tp nasib baik ia kucing jantan sbb kalau betina akan ada masalah kalau kucin bersalin nnt.Patah mungkin blh sembuh tp ambil masa.
Tp mmg betul pn. Sbb kucing sy dlu masa awal2 nampak mcm dh sembuh skit. Tp kalau silap dia melompat,kakinya terhencot2. Sy sapu2 minyak, urut skit2 & kurung dia dlm cage. Mmg bising pn mengiau. Tp itu yg doc advice.Ni dh lps 6 bln sy jumpa, Alhamdulillah..nampak mcm dh elok. Harap2 dia trus sihat

Amalina Mina said...

Kucing saya patah rahang kena langgar org. Mulut dia senget, taring bawah belah kiri terkeluar. Jika htr government vet berapa kos? Atau boleh sembuh sendiri ye encik? Kesian tgok dia xmakan minum.. Kena suap susu je. Badan susut. Dah 2 hari kejdian. Tolong saya encik. Menangis tengok. Tkut htr klinik xmampu nk operate.

Kucing Utara said...

sebaiknya ke klinik sbb kedudukan rahangnya perlu diselaraskn kemabli kedudukan asalnya..kos rawatan bergantung kpd jenis rwatan,ubatan dll..umumnya klinik akan berikan anggaran kos sebelum rawatan melibatkan pembedahan..

ニック 004 said...

anak kucing saya baru berumur satu bulan. saya tak tahu bahagian mana yang patah/terseliuh sebab bila dia berjalan sikit dia jatuh. makan pun tak nak. kos rawatan mahal..apa saya nak buat?? 😭

Kucing Utara said...

yg utama adalah kenalpastikan smada ianya patah ke tidak dari vet..

Noralina Ishak said...

Kucing saya gaduh dan kaki bengkak. Mesti makan antibiotik ke? Ke bengkak akan surut sendiri?

Kucing Utara said...

Tanpa nasihat drai pakr rwatan/vet antibiotik tidak boleh diberikan ....

Anonymous said...

Kalau kucing patah tangan macam mana.. Kucing ni sangat nakal.. Bantu saya
.saya duduk di kawasan s. Petani... Sayang betul kat kucing tu.. Cuma dia aggresive... Atau saya perlu lepas kan sahaja

bengkung 4zip rm30 said...

Tolong saya..kucing saya xtau patah pinggang ke peha sbb dia dpt berjalan dgn dua kakk dpn jerr..ekor pun xbergerak..saya pergi ke klinik doc bg ubt kalsium dgn antibiotics jer..doc saran kan g scan tapi saya takut kos mahal .dia blh mkn tp sy xsanggup tgk dia berjalan dua kaki..najis dia pun keras kdg sampai lekat kt punggung .saya tekan keluar najis nya..apa masalahnya dia..adakah dia blh sembuh berjalan semula

bengkung 4zip rm30 said...

Hai tau juga

Kucing Utara said...

sebaiknya bawa ke scan/xray utk pastikn tulang yg patah dan berkemungkinan terganggu saluran najis/duburnya..

AHT said...

Kucing sy pn patah kaki xsilap ne..xsmpat bw ke klinik lg..ttp awl. Dah 2 hari xmau mkn..bila sentuh kaki dia akn bising..xthn dngrnya. Hrp dia boleh sembuh sprti biasa..sbb sblm ne dia sngt aktif..

Nabilah nurfitri said...

Macam mana cara nya? Tolong bantu saya jawab. Saya dari Indonesia

Bin Osman Muhammad Fuad said...

kucing sy jtuh dr tgkat 4. bwk p vet swasta doc cuma bg painkiller utk tahan sakit. esoknya sruh mai lg utk inject painkiller n xtray. tp sy p bwk vet krajaan. p sana dpt ubat antibiotik n tahan bgkak. caj 20 hengget ja kna. swsta maw 80 hgget. xtray sja pn dh 150 vet swasta, blm lg yg lain2. doc doj bgtaw bladder ok, backbone, kaki dpn dan blkg ok xdak patah. yg sy heran la kn, sy try la bgunkn n dirikn tabby (nama kucing), tp kaki blkg dok lembik lagu tu ja. masok hri ni dh hri ke 6 kjdian. makan berselera abih. kncing elok ja tp berak xmau. risau ada problem dgn anus system dia ka pa. ekoq pn xmaw grak2 dh. hmm sdih sgt. please help me

Kucing Utara said...

painkiller hanya utk hilang rasa sakitnya..jika jatuh dri tingkat4 berkemungkinan besar ada yg patah dan sebaiknya di xray utk kepastian..sbb secara luaran kita tak bolehpastikannya..simptom yg diberikan tu seolah2 dia mengalami patah...

Khairol said...

Slm sis sy nk tny ape jd dgn kucing sis skrg? Ade bt ape2 rawatan tk? Klu ade kos brp ye? Sbb kucing sy pon mengalami perkare yg same jgk..sedihhh...

Ami Mira said...

Kucing saya kena langgar. Dah bawa ke klinik. Doc suruh refer klinik swasta. 80% kaki dia patah . Dan tulang belakang juga. Doc anggar kos semua rm1k - rm2k. Tapi Saya tak mampu 😒. Macam mana ya ? ada cara lain tak ? Tolong sangat Sebab saya kesian kucing saya baring je.😒😒😒

Kucing Utara said...

patah sembuh sendiri- selfhealing sama seprti kita cuma kedudukan tulang yg patah tidak berkedudukan betul jika tidak diselaraskan dan jika kedudukan patah sudah betul balutkannya...ini rwatan tradisional kampung mereka tahu nk buat..

Natasya Izzati said...

Hi. Nak tanya macam mana condition kucing awak tu sekarang ye? Dia dah boleh jalan macam biasa ke?

Bin Osman Muhammad Fuad said...

hi. kucing sy tu dah mati. tp sy x syak pon dia mati disebabkan trauma jatuh dr 4th floor. spnjg jagaan sy semasa dia dlm tempoh rawatan, tabby menunjukkan tanda2 positif utk sembuh kembali. satu persatu perubahan positif dpt dilihat. bermula dri di blh mengensot utk mkn dan minum sendri, boleh grooming, ekor dia pn dh blh bergerak walaupun x bergrak spnuhnya.dia blh lipat bdn dia utk jilat blkg bdn, blh mnggaru2 mnggunakn kaki blkg dia wlaupn kaki still dlm keadaan lemah. apa yg sy bngga adalah smgt tabby. dia cuba sdaya upaya utk bgn dan bergerak ke arah litter box utk kncing dan berak. prubhn yg plg bsar yg plg sy nmpk, dia hampir nk blh brjalan. dia dh nlh bangun dan mngangkt kdua kaki. brjalan lbh kurang 4 ke 5 scond, dia akan terjelepok. bsar harapan utk mlihat dia blh brjalan smula. tp apakan daya, pd 26 august dia dh mati. 3 hri sblm kjDian, sy dh prasan knpa bila dia naik ats litter box dia tp xda pin kluarkan air kncing. kalau kncing pn dlm kuantiti sdkit. blh la kata bberapa titis ja.and then, dia dh jd mls nk kncg ats pasir. dia kncing atas lantai je. dia mcm x rasa air kncing yg keluar. dlm masa yg sma pasir2 berterabur kat kwsn kurantin dia. bila kncing, pasir2 melekat pd bulu2 dia. time dia nk jilat badan, auto dia akan jilat n tertelan skali pasir yg melekat pd badan dia. pasir tu yg mnyebabkn luka pd dinding usus. pg sblom dia nk mati, sy nk bersihkn dia, tp trkjut bila tgok pd anus dia brdarah. tgok kat lantai pn kesan kncing berdarah. sy syak mngkin dia kena batu karang. sy google, symptom2 yg ditunjukkn smua mrujuk kpd batu karang. sy cuba cri usaha nk pulihkn, nk beli air klapa muda utk neutralkn air kncing n pg tu mmg plan nk kluar nk beli gamat healin zaniton. pcinta2 kucing ramai syorkn gamat zaniton utk pulihkn kucing yg ada mslh tulang patah kaki or pinggul. tp sy hnya mmpu mrancang, x smpat nk beli, tabby dh mnghmbuskn nafas trakhir di hdpn sy. dh nazak tgok dia tersengguk2. mngkin time tu malaikat maut sdg menarik nyawa dia. allah, prasaan yg x dpt digambarkn sdih sgt ktka itu. 2 jam tabby dlm dakapan sy memaut jasad tnpa nyawa smentara mnggu suami sy pulg ke rumah utk tanam dia.

Aisyah said...

Kucing saya jatuh hari khamis baru ni.. pg xray dekat umk. Keptusan xray tunjuk tulang blakang kucing sy patah..kaki bawah sblh pn patah.. tulang rusuk pn patah..doc sruh bawk pg jumpa pakar dekat selangor untuk tulang blakang tu.. sbb klu xbtl kn tukang bkang tu..tulang kaki tu pn xblh nak baik.. sy xmampu nak tangung kos bwk jumpa pkar tulang tu ..mohon bantuan..apa sy boleh lakukan untuk kucing sy ����

Unknown said...

Leher Kucing Patah Apakah Yg Harus Saya Lakukan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...