Nufnang Ads

Wednesday, July 30, 2014

Kenapa kucing berumur suka buat bising

Kucing berumur ataupun dikenali "senior cat" (dalam lingkungan usianya 13-15 tahun keatas) adalah perkara normal baginya untuk bersuara ataupun membuat bising terutamanya yang berbaka Siamese.Ini adalah kerana faktor kemerosotan beberapa perkara terhadapnya seperti daya ingatan,hilang memori,mudah lupa dan lain-lainnya.


Kenapa?
Bagi kucing kadar penurunan kemerosotan ini terjadi dalam bentuk pelbagai cara seperti memancut/kencing tidak bertempat,meraung-raung tidak tentu masa dan selalunya terjadi selepas tengahmalam kerana keliru dan lain-lain lagi perkara yang tidak normal dilakukannya.Semua tingkah laku yang agak pelik ini adalah sebab faktor penuaan di mana ianya menjadi pelupa tentang apa yang pernah dipelajarinya sebelum ini seperti tempat "tandas'nya, makanan/minumannya dan lain lagi,secara mudahnya kucing pun boleh mengalami nyanyuk sama sepertimana kita.Ini adalah asasnya yang menyebabkannya menjadi keliru serta secara nalurinya ianya akan mengiau-giau bilamana ianya berada di dalam ketakutan terutamanya selepas waktu tengahmalam yang sunyi seolah-olah meminta bantuan dan perhatian.


Bolehkah dirawat secara Klinikal?
Perkara ini tiada dapat yang boleh kita ubatinya diatas sebab-sebab penuaan dan perlu bersabar sambil membantu/melayannya saja untuk atasi kucing yang keliru ini.Namun,salah satu sebabnya meraung-raung secara klinikal adalah disebabkan "Hyperthyroidism" iaitu keadaan kelenjar thyroidnya menghasilkan hormon secara berlebihan.
Veterinar boleh kenalpastikan samada kucing kita mengalami "Hyperthyroidism" ataupun tidak melalui ujian darahnya dan jika tiada masalah ini, ianya adalah semata-mata kerana proses penuaan ataupun nyanyuk.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...