Friday, November 21, 2014

Petunjuk Kucing Sakit berisiko di ambang maut

Bilamana kucing sakit samada diserang virus ataupun penyakit biological umum yang terjadi kepadanya akan menyebabkannya menjadi kurang aktif serta lemah semasa proses penyembuhannya.Namun, kita perlu ambil tahu serba sedikit keadaannya kerana ada antara keadaannya adalah petunjuk ianya di ambang kematian.

>>Suhu Badan Menurun
Secara umumnya suhu badan kucing dewasa sihat adalah dalam lingkungan 38-39 celcius.Jika suhu badannya menurun di bawah paras ini iaitu dalam 35 celcius ke bawah adalah antara petunjuknya.


>>Tekanan Darah
Bilamana keadaan tekanan darahnya menurun di bawah paras tekanan darah normal untuk kucing 140/90.

>>Tidak makan & minum
Kucing sakit akan hilang selera makannya tetapi masih lagi makan/minum sikit-sikit.Namun jika ianya sudah tidak makan dan minum lagi adalah antara petunjuknya.

>>kencing
Air kencing menjadi kehitaman dan dalam kuantiti yang sedikit

>>Denyutan jantung/Nadi
Nadinya menurun dari kadar kucing sihat kurang yang mana puratanya 120-200 per minit dan juga kadar pernafasannya juga menurun dan kurang dari 20-30 per minit.

>>Berbau Busuk
Ini juga salah satu petunjuk iaitu kucing berbau busuk nafasnya kerana toksin terbentuk didalam saluran darah badannya, semakin teruk hasil toksin darahnya semakin busuk baunya.


>>Otot-otonya menjadi lemah
Kucing secara fizikalnya akan jadi lemah dan tidak bermaya kerana otot-ototnya sudah gagal berfungsi

>>Mata layu
Matanya menjadi layu dan seolah-olah tidak dapat melihat walaupun separuh bukaan mata.

***Semua petunjuk diatas adalah sebagai rujukan semata-mata dan tidak seharusnya benar.Apa yang pasti adalah dapatkan nasihat dari pakar haiwan (veterinary)***
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...