Nufnang Ads

Wednesday, February 4, 2015

Kenapa perut kucing mengendur?

Sesetengah kucing mempunyai bahagian perutnya di antara kaki-kaki belakangnya yang mengendur dan boleh tampak bergoyang-goyang terhayun bilamana ianya berjalan ataupun berlari.Adakah keadaan perutnya sebegini bermasalah?


Perutnya yang mengendur sebegini lebih ketara kepada kucing yang sederhana berat badannya dan sebenarnya tiada apa-apa masalah kepadanya.Perkara ini juga terjadi kepada asal keturunannya seperti singa mahupun harimau.Secara umumnya dikenali sebagai "Primodial Pouch".

Kenapa Perut kucing yang fizikal mempunyai "primodial Pouch"?
> Perutnya yang mengendur sebegitu adalah sebagai perisai kepada dirinya bilamana ianya terlibat di dalam pergaduhan dan ini dapat dilihat ketika kucing-kucing bergaduh ada antara mereka akan melentangkan badannya sambil mengangkangkan kedua-dua kaki belakangnya supaya terdedah bahagian perut bawahnya.
>Ini juga secara fizikalnya sebagai bantuan keupayaan bagi kucing yang mempunyai daya-lentur/fleksibel bilamana ianya perlu memanjangkan badannya ketika dalam pergerakan di kawasan sempit.Kucing berkebolehan memasuki ke suatu tempat walaupun "pintu"ataupun bukaan ruang masuk yang sempit.
>Juga sebagai tempat simpanan makanan yang dimakannya berlebihan iaitu sama seperti singa yang akan makan banyak selepas dapat hasil buruan mereka.

 
Keadaan kucing yang mempunyai perut mengendur ataupun "primodial pouch" lebih bergantung kepada bakanya sendiri yang mana kucing yang berotot dan berbulu pendek terutamanya dari baka Bengal dan lain-lain.
 
 

2 comments:

Qatamie Burst said...

sy ad kitten(domestik short hair) yatim piatu yg berusia 2bln . maslahnya ,dy mkan tanpa hiraukan perut nya yg membuncit .sy mulai bimbang melihat perut nya yg sentiasa buncit. tlong jelaskan . trima kasih

Kucing Utara said...

ni rasanya masalah parasit iaitu cacing sebb tu selera mkannya ok tpi perut buncit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...