Nufnang Ads

Followers

Sunday, May 22, 2016

Bau kucing petanda masalah kesihatan

Antara kaedah yang paling mudah untuk kita mengenalpastikan keadaan tahap kesihatan kucing adalah melalui bau mulutnya kerana setiap bau yang dihasilkannya adalah petunjuk masalah yang dihadapinya.Sila rujuk di bawah tersenaraikan jenis-jenis bau mulutnya dan kaitan dengan masalah yang dihadapinya atupun sebaliknya.


Bau hanyir
Kekadang kita dapati kucing agak berbau hanyir. Kemungkinan besar ini adalah disebabkan oleh kelenjar dubur kucing.kelenjar ini selalunya menjadi penuh, dan tetapi jika dia menjadi teruja atau menjadi takut,secara tindakbalasnya akan mengosongkan kandungan kelenjar keluar persekitaran dan menghasilkan bau hanyir.

Bau nafas Hancing
Bau hancing/ber-ammonia adalah penunjuk penyakit buah pinggang. Bau nafas berbau busuk ini adalah hasil daripada peningkatan tahap toksin di dalam buah pinggang kerana tidak dapat menapis bahan buangan dengan sempurna.

Bau busuk mulut 
Bau busuk mulut kucing adalah yang paling mungkin merupakan petunjuk penyakit gigi. Ia adalah disebabkan oleh pengumpulan bakteria pada gigi dan gusi kucing yang menyebabkan penyakit periodontal atau gingivitis.Keradangan dan jangkitan berkaitan dengan penyakit periodontal boleh menyebabkan kerosakan kepada organ-organ lain seperti jantung, buah pinggang dan hati serta boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.Penyakit gigi juga boleh menjadi penunjuk gangguan sistem imun.
Busuk bau mulut juga boleh menjadi tanda penyakit gastro-intestinal dan hati.


Bau busuk badan
Walaupun jarang terjadi kepada kucing tetapi lebih biasa pada anjing, bau badan yang tidak menyenangkan berkemungkinan menunjukkan masalah berkaitan penyakit kulit.

bau nafas bercuka
Jika nafas kucing berbau seperti bahan bercuka atau berbau seperti bahan polish kuku, ia boleh menjadi penunjuk berkemungkinan kencing manis ataupun diabetes. Biasanya, kucing dengan bernafas sebegini akan menunjukkan mudah dahaga dan membuang air kecil kerap.



3 comments:

Maxim able said...

kalau dubur kucing mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan wlpun dilap menggunakan air suam menggunakan sponge stiap kali tetap juga dubur berbau busuk seperti bau bangkai atau bau amis berserta lendir kekadang berwarna hijau lumut atau brown cair yg x putus2. sudah dbagi puasa 12jam dan dbagi ubat immun atau ubat itin vet, keadaan tetap sama. Apakah kesihatan kucing ni ditahap yg perlu hntr ke vet?Kalau daerah langsung x da vet, ada x alternative lain nk kurangkan bau amis tersebut.

Kucing Utara said...

ini rasanya masalah jangkitan parasit/cacing di ususnya...lendir/mucous yg dihasilkan adalah tindakbalasnya.

Maxim able said...

sy dh bagi dia ubat cacing,tp masalah tu berlangsung selama 2 bln , tmbhan pula kucing sy sekarang x suka minum air wlpun air masak, langsung x nak sentuh. Yang menghairankan lagi, dia sangat aktif berlari. thank you atas respond diatas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...