Nufnang Ads

Sunday, October 30, 2016

Anak Kucing perlu tidur secukupnya

Hari pertama kita membawa pulang anak kucing yang comel adalah pengalaman yang menarik dan kita menjadi begitu teruja dengan kehadiran mereka terutamanya di kalangan anak-anak kita sendiri.
Di awal usia anak kucing comel ini bersifat manja dan juga suka bermain-main dengan kita tetapi perkara lain yang perlu kita utamakan juga adalah waktu tidurnya kerana mereka banyak menghabiskan masa untuk tidur. Tidur adalah penting untuk proses tumbesaran mereka.Tetapi di mana anak kucing anda akan tidur?


Anak kucing perlukan tempat tidur yang selesa,selamat serta persekitaran yang sederhana panas ketika tidur. Anak kucing lebih cenderung tidur di tempat yang tersembunyi ataupun kedudukan tempat tidur yang tinggi sebagai ciri-ciri keselamatannya.
Kita boleh membantu anak kucing merasa selamat dengan menyediakan tempat tidur/katil kucing (katil kucing yang berbentuk seperti mangkuk adalah terbaik kerana di kelilingi separa dinding supaya dia merasa dilindungi/terlindung ketika tidur).
Kita tidak semestinya perlu membeli katil kucing, kerana terdapat banyak cara lain untuk penyediaan tempat tidurnya seperti kotak kadbod dialas kain selimut atau tuala.

Anak Kucing tidur seketika (nap)
Samada waktu siang dan malam, anak kucing mungkin lebih suka untuk tidur sekejap di sofa ,bawah meja dan sebagainya terutamanya selepas mereka makan dalam keadaan kekenyangan. Ada juga di antara anak kucing suka tidur di atas riba, di dada atau di bahu kita kerana berasa haba kehangatan dari badan kita.

Anak kucing bersendirian di rumah
Keitika kita berada di rumah adalah lebih mudah untuk memerhatikan anak kucing kita. Tetapi kita tidak boleh selalu berada di rumah setiapmasa. Sebelum kita keluar rumah samada untuk bekerja dan sebagainya ,adalah disarankan agar kita meletakkan mereka ke dalam bilik khas anak kucing ataupun diletakan mereka di dalam sangkar bersamanya tempat tidurnya serta makanan, air, beberapa mainan kegemaran dan kotak najisnya. Ini akan menghadkan rasa ingin tahu mereka dan boleh menyebabkan masalah terhadap mereka serta juga barangan dalam rumah. Biarkan mereka menghabiskan masa di situ sehingga kita kembali ke rumah.
***Perkara pertama yang perlu dilakukan ketika tiba di rumah adalah memastikan keadaan mereka dan elok dikeluarkan mereka bebas kembali***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...