Nufnang Ads

Followers

Sunday, December 18, 2016

Bilakah Anak Kucing pandai membuang air besar secara normal?

Semasa anak kucing mencapai umurnya kira-kira sebulan ataupun empat minggu keatas, ianya sudah boleh mengawal pergerakan usus sendiri secara biologikal dan merangsangkan dirinya untuk mencari tempat sesuai untuknya membuang najisnya sendiri.
Anak kucing seusia sebegini secara puratanya akan membuang air besarnya sekali atau dua kali sehari, walaubagaimanapun setiap anak kucing adalah berbeza kerana bergantung kepada makanan/diet yang diambilnya. Serta juga jika anak kucing lebih kekenyangan dengan minum samada air ataupun susu ,perkara ini akan mengubah kekerapannya membuang air kecil/besar.


Keadaan najisnya mengikut diet:
-Jika dia sudah mula belajar makanan pejal serta masih minum susu, sama ada dari ibunya atau susu khas untuk anak kucing botol, najisnya adalah lebih separa lembut ,mempunyai bentuk dan berwarna coklat-kuning.
-Jika Anak kucing sudah beralih kepada makanan pejal biasanya akan menghasilkan najis berwarna coklat gelap dan tidak terlalu lembik atau terlalu keras secara luarannya.


Jarang membuang najis:
Masalah sembelit pula adalah keadaan anak kucing tidak membuang najisnya untuk seketika samada lebih sehari. Ini menunjukkan sama ada tiada najis sama sekali untuk hari pada satu masa, dapat dibuangkannya.Keadaan fizikal najisnya adalah sangat mampat/padat, berwarna gelap. Ini biasanya berlaku selepas anak-anak itu telah berceraisusu dari ibunya, kerana semasa pengambilan susu dari ibunya akan menghasilkan najis yang sempurna disebabkan penghidratan .
Pemberian air bersih minum lebih kerap kepada anak kucing akan membantunya mengatasi masalah ini. Kaedah lain yang dapat membantu adalah pemberian diet lembap sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti makanan kerasnya untuk mendapatkan kelembapan tambahan.

Membuang najis kerap:
Jika anak kucing membuang najisnya lebih daripada sekali atau dua kali sehari, ini tidak bermakna ianya bermasalah, kerana selagi najisnya masih dibentuk dengan baik dan kelihatan sihat. Masalah timbul apabila najisnya bertukar kepada lebih pencairan ataupun lebih berair dan nampak diiringi perubahan warna yang berbeza dari sebelumnya. Ini menunjukkan anak kucing berkemungkinan bermasalah dari segi kesihatan dan jangkitan.


Disebabkan anak kucing masih lagi dalam proses tumbesaran dan sistem imun mereka masih lagi belum sempurna dan matang , cirit-birit adalah kesan umumnya yang mudah dihadapi mereka. Kebanyakan anak-anak itu mengalami cirit-birit disebabkan oleh parasit atau masalah berjangkit, yang mudah dirawat dengan ubat-ubatan yang betul serta juga dietnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...