Wednesday, September 25, 2013

Baka Bombay Cat

Harimau Leopard kecil adalah menggambarkan kucing Bombay.Baka ini telah diperkenalkan di Kentucky pada tahun 1958 oleh Nikki Horner daripada Shawnee cattery, hasil kacukan kucing Burmese dengan American Shorthair hitam. Matlamat beliau adalah untuk menghasilkan "Mini leopard bermata warna tembaga keemasan ". Nikki menamakannya "Bombay"kerana ianya menyerupai "Black Leopard" India.Pembaka kucing British juga dapat membuat kacukan kucing yang sama dengan campuran kucing Burma dan kucing British shorthairs domestik. Akhirnya mewujudkan 2 jenis baka iaitu Kucing American Bombay dan British Bombay.walaubagaimanapun dianggap sebagai dua baka yang berbeza.


Jangkahayat: 12 sehingga 15 tahun
Saiz badan: kecil kepada kucing sederhana
Fizikal: badan berotot.
Warna:berbulu hitam
Mata: bujur badam berwarna dari keemasan tembaga
Telinga:besar & luas sedikit bulat di hujung
Kepala:Berbentuk bulat


Personalitinya masih mengikut induk asalnya iaitu kucing Burmese iaitu mudah mesra dan menjadi sahabat penyayang, aktif, suka bermain permainan iaitu menikmati ketika bermain dan gemar mencuba cara-cara baru untuk menghiburkan dirinya, maka menyediakan barang mainan adalah penting untuknya. Mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak, orang luar yang tidak dikenalinya dan juga haiwan lain.


***Bombay Cat telah diberikan pengiktirafan penuh daripada CFA- Persatuan Cat Fanciers pada tahun 1976**

Sunday, September 22, 2013

Petua Rawatan Kurap dengan ubatan

Langkah pertama adalah mengenali samada kurap yang menjangkiti kucing kesayangan kita iaitu secara fizikalnya ianya berdebu,kawasan tersebut tiada bulu seperti dicukur dan membentuk bulat seperti duit syiling>Lihat photo di bawah sebagai rujukan:


 Langkah kedua adalah memandikannya dengan shampoo berubat khas untuk atasi kulat/fungus kurap dan secaranya umumnya tertulis di produk sebagai antifungal.Antara produk yang paling mujarab & paling digemari adalah Malaseb.Mandikannya seminggu sekali pada peringkat jangkitan biasa dan jika teruk perlu dimandikan 2kali seminggu.

Malaseb medicated shampoo 

Langkah ketiga adalah menyapukan krim antifungal di kawasan yang terjadinya kurap setiap hari untuk memastikannya dapat menghalang serta membunuh kulat kurap.Lihat photo di bawah cara penggunaan krim Canisep:
Krim canisep dari jenama Himalaya berharga RM20 dalam pasaran


Gunakan krim lebih kurang 1cm panjang yang dipicit keluarkan dari tiub krim

Sapukan secara menyeluruh & rata supaya ianya menyerap masuk ke kulit kerana fungus berada di bawah kulit.

Langkah Keempat adalah memberikannya makan supplement untuk bulu yang membantu membaik pulih bulu dan kulitnya seperti memberikannya produk petme nutrional gel dan sebagainya.Juga di galakkan memberi makan makanan premium yang dikhususkan untuk bulu seperti Royal canin Hair/skin33.

**Pembersihan sangkar dan kawasan persekitaran yang didiaminya adalah perkara penting bagi menghapuskan punca ataupun induk serta pemakanan juga faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemulihan kurap kucing.Bergantung kepada ubatan shampoo dan krim saja akan melambatkan proses gantian bulu serta kulit sihat kerana dalam penghapusan kurap kucing secara umumnya mengambil masa dalam tempoh 4-8 minggu***



Friday, September 20, 2013

Hypocalcemia kucing demam susu

Milk Fever "demam susu,"iaitu dikenali sebagai secara saintifiknya Hypocalcemia adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium semasa mengandung dan juga semasa penyusuan anak-anaknya dan ianya membawa makna tahap kalsium dalam darah adalah rendah. Kalsium merupakan elektrolit penting dalam badan, dan diperlukan untuk fungsi normal otot dan saraf. Kepekatan kalsium dalam darah biasanya terhasil dengan sendirinya secara biologi tetapi kadang-kadang mekanisme kawalan yang terjejas dan boleh mengakibatkan dalam kepekatan kalsium darah rendah.


Sebab-sebabnya:
>>Tahap kandungan Kalsium dan fosforus adalah saling berhubung kait secara berlawanan antara satu sama lain,yakni  tahap fosforus meningkat, tahap kalsium menurun. Apabila tahap kalsium menurun, kelenjar paratiroid akan membesarkan dan menghasilkan hormon paratiroid tambahan (PTH-ParaThyroid Hormone) dalam usaha untuk mengekalkan kalsium serum dalam julat yang normal. Hypocalcemia yang disebabkan kegagalan buah pinggang kronik, rawatannya adalah dengan menurunkan kepekatan fosfat serum iaitu sekatan pemakanan fosforus.
>>Antara sebabnya juga dikaitkan dengan pengeluaran susu oleh ibu kucing ketika penyusuan ketika tahap kalsium rendah( demam susu).
>>Tahap protein darah rendah.
>>Kesan ubat-ubatan dan racun tertentu.


Tanda-tanda awal
Tanda-tanda awal termasuk keresahan, ketegangan, lemah, cepat marah, gegaran otot ,sawan, mudah tergejut, gegaran otot, kegelisahan,kencing berlebihan, sangat sensitif kepada sentuhan dan bunyi,kekejangan otot yang tidak terkawal dan akhirnya boleh membawa kematian.

Anak-anak yang masih menyusu perlu disusukan kita sendiri sehingga ibu dapat dipulihkan.

Rawatan
Salah satu rawatan jangka panjang hypocalcemia adalah dengan menambah makanan dengan garam kalsium, dan penambahan vitamin D, yang digunakan untuk meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus.Tempoh rawatan bergantung kepada puncanya tersendiri dan masa pemulihan mungkin berbeza.
Jika hypocalcemia yang teruk, pembetulan segera tahap menurun akan memerlukan suntikan kalsium. Kebanyakan kucing dengan hypocalcemia teruk akan perlu dimasukkan ke klinik sehingga tahap kalsium stabil, kerana keadaan ini adalah berpotensi mengancam nyawa.



Sunday, September 8, 2013

Jangkitan darah Kucing Haemobartonellosis

Mycoplasmosis Hemotrophic adalah istilah perubatan merujuk kepada jangkitan sel-sel darah merah oleh mikro organisma mycoplasma iaitu terdiri M. haemofelis dan M. haemominutum.Penyakit ini juga boleh digelar sebagai haemobartonellosis, atau anemia berjangkit kucing.Mycoplasma adalah punca yang paling biasa jangkitan saluran kencing dan radang paru-paru.Juga dikenali sebagai Anemia berjangkit kucing (FIA-Feline Infectious Anaemia).Haemobartonellosis mensasarkan sel-sel darah merah yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen.


Bagaimana menjangkiti kucing
Mycoplasma secara umumnya disebarkan oleh kutu yang telah mengigit haiwan lain yang sudah dijangkiti. Ia juga merebak kepada anak-anak melalui ibunya yang dijangkiti (ibu), dari pergaduhan antara mereka iaitu melalui gigitan kucing, pemindahan darah(agak jarang) darah yang dijangkiti/tercemar, kucing jantan,kucing umurnya kurang daripada 4-6 tahun & juga kucing yang bebas berkeliaran adalah berisiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti.

Tanda-tandanya:
Demam mengejut
kemurungan
Lemah dan tidak bermaya
Kurang selera makan
susut berat badan
Gusi pucat
Pembesaran limpa(splenomegaly)
Jaundis (kuning gusi, putih mata dan kulit)
Anemia


Antibiotik haemobartonellosis 
Salah satu rawatan kepadanya adalah pemberian antibiotik seperti tetracycline, oxytetracycline atau doxycycline diberi selama tiga minggu.
** namun jenis antibiotik adalah sebagai rujukan semata-mata, sila dapatkan nasihat dari Vet kerana mereka arif/pakar dalam jenis ubat yang akan diberikan setelah merawat kucing**

Pencegahan haemobartonellosis 
Sentiasa mencegah kutu pada kucing anda adalah langkah mengelakkannya terjangkit, termasuk menjaga alam sekitar bebas daripada parasit.

Sunday, September 1, 2013

Cataract mata kucing

Cataract adalah bilamana kantamata tidak berkeupayaan  untuk menyerap dan menghantar cahaya ke retina yang akan mengganggu penglihatan kucing merujuk kepada mana-mana keadaan mendung kanta mata, tanpa mengira saiznya.Semua jantina boleh membentuk cataract & lebih mudah didapati kepada kucing lebih tua, tetapi kadang-kadang ianya juga terjadi kepada anak kucing kelahiran atau yang sedang membesar.Penglihatannya akan terjejas di mata yang terlibat. Cataract mata kucing disebabkan oleh beberapa perkara yang berbeza.Cataract mata seringkali terjadi secara semulajadi ketika mengalami proses penuaan dan bagi anak-anak kucing pula selalunya terjadi kerana dilahirkan dalam keadaan sebegitu iaitu matanya sudah diselaputi berkaitan dengan genetiknya.


Masalah Pemakanan
Sesetengah kucing terbentuknya cataract mata ini dari pemakanan yang tidak berzat kekurangan zat makanan.Kekurangan pemakanan adalah salah satu sebab yang paling utama terjadinya cataract mata kucing.Taurina adalah salah satu daripada nutrien pemakanan yang penting untuk kesihatan dan perkembangan yang normal mata kucing.Kucing yang diberi makan makanan yang tidak mempunyai sumber-sumber yang mencukupi terutamanya taurina, termasuk pemakanan yang tidak seimbang pemakanan samada makanan yang dijual ataupun buatan sendiri berisiko masalah mata kerana taurina adalah sumber penting untuk penjagaan mata.Tahap kalsium yang rendah juga salah satu sebabnya.


Kecederaan mata 
Kecederaan kepada satu atau kedua-dua mata kucing akibat calar/luka terjadi kesan dari pergaduhan   kucing atau dipukul dan lain-lain juga boleh menyebabkannya mengalami cataract mata  kerana kecederaan mata trauma/teruk.Pendedahan kepada toksin, sinaran radiasi, kejutan elektrik juga penyumbang masalah ini.


Tanda-tandanya:
Salah satu atau lebih daripada tanda-tanda berikut yang berkaitan dengan penglihatan cataract:
>>mata berair
>>juling
>>Perubahan warna mata
>>Berselaput anakmata samada satu atau kedua-dua mata
>>Perubahan dalam saiz anakmata atau bentuk

Tempat berselaput/kabur di awalnya adalah kekal kecil dan akan menjadi lebih besar secara beransur-ansur dari masa ke masa. Kadang-kadang, cataract merebak dengan cepat untuk menutup keseluruhan anak matanya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...