Sunday, November 5, 2017

Kesan bius pembedahan kepada kucing

Kesan sampingan anestesia dalam kucing bergantung kepada jenis ubatbius yang digunakan untuk pembedahan.

Langkah sebelum dibiuskan
Sebelum kucing anda menjalani pembedahan, doktor haiwan anda akan menjalani ujian darah dan air kencing, dan mungkin sinar-X, untuk memastikan kucing anda tidak mempunyai sebarang masalah terhadap proses bius anestetik.
Ianya disarankan agar kucing berpuasa  selama 12 -24jam sebelum pembedahan, untuk mengelakkan kucing muntah. Muntah itu boleh masuk ke dalam paru-parunya, mengakibatkan lemas atau aspirasi radang paru-paru.


Keadaannya selepas pembedahan
kucing anda yang pulang ke rumah pada hari yang sama ataupun hari berikutnya selepas pembedahan pemandulan samada neuter atau spay dan secara asasnya selepas ianya membuang najis pertamanya selepas pembedahan.Adalah normal bagi kucing yang baru selesai pembedahan untuk tidak menunjukan pergerakan usus dalam tempoh 24 jam pertama dan ini akan menghalangnya dari membuang najis. Pembuangan najis pertama selepas pembedahan adalah petunjuk yang kucing secara fizikalnya kembali normal.

Adalah disarankan agar ianya diletakkan di tempat yang tenang ,tersembunyi dan selamat supaya ianya dapat keselesaan untuk proses penyembuhan selepas pembedahan. Pastikan ianya tidak tunjuk kegelisahan yakni petunjuk tempat itu masih lagi tidak sesuai baginya.Naluri kucing adalah sama seperti keadaan tercedera dan memerlukan tempat yang selamat dari musuhnya iaitu tempat yang tersembunyi.

 Doktor haiwan anda akan memaklumkan anda apabila anda boleh mula memberi makan haiwan kesayangan anda.Kesan sampingan anestetik yang paling biasa adalah mengantuk selepas pembedahan, yang mungkin berlangsung sehari atau lebih.


Saturday, July 29, 2017

Bahasa Isyarat Kucing-Telinga

Berkomunikasi secara tanpa bersuara adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh haiwan iaitu melalui bahasa isyarat dan ini ditunjukkan juga oleh kucing. Mengubah kedudukan fizikal telinganya adalah salah satu cara ianya berkomunikasi secara fizikal tanpa suara.

Ketidak-selesaan kucing
Bilamana kucing yang merasa terancam atau tidak selesa, telinga berpaling ke arah sebelah sisinya secara mendatar dan membentuk sepertimana sayap kapal terbang dari setiap sisi kepala kucing. Kedudukan telinganya yang  menghadap ke sisi juga akan membuat dirinya rasa lebih dilindungi.Keadaan ini juga membantu menimbulkan sebarang bunyi yang tidak menyenangkan yang datang dari arah tersebut.
Pertimbangkan "telinga kapal terbang" sebagai peringatan awalnya untuk menyuruh sebarang ancaman yang dirasai agar mundur dan berhenti apa sahaja yang mendorong kucing merasa terancam.

Rasa Marah ataupun ketakutan
Kucing marah mendatar-ratakan telinga ketat ke kepala. Ini adalah persiapan dirinya jika tercetus pergaduhan dengan kucing lain dan juga untuk melindungi telinga daripada kecederaan akibat cakaran ataupun gigitan dari pihak lawannya .
Telinga kucing boleh dianggapkan sebagai alat pengesan-ukur kedaan mood kucing yang boleh membantu pemilik menjangkakan dan mengelakkan masalah yang berpotensi. Sekiranya kucing bertindak dengan agresif, lihatlah telinganya yang beralih ke tepi sebagai isyarat memberitahu kita bila perlu berhenti terutamanya ketika "petting" mengusap-usap badannya.Kucing akan menyerang jika kita mengabaikan amarannya.


Rasa Ingin-Tahu
Keadaan telinganya yang menghadap ke hadapan pula adalah isyarat ianya rasa ingin tahu ataupun berminat terhadap sesuatu yang terlihat olehnya. Telinga juga akan terbentuk corong  ke arah bunyi yang menarik perhatiannya, ini adalah untuknya mengumpulkan sebanyak maklumat yang boleh secara bunyian mengenai keadaan yang mungkin. Juga dapat diperhatikan bahawa walaupun semasa kucing tidur, kucing mengarahkan telinga ke arah bunyi walaupun bunyian yang serendah bunyi detik ditempat sunyi.


Rasa Bimbang
Telinga yang bergetar ataupun kelipan menunjukkan tahap rasa bimbangnya semakin meningkat. Keadaan telinganya yang menghadap ke sisi serta bergetar adalah isyarat tindak balas ransangannya terhadap benda yang membuatkannya rasa kebimbangannya meningkat.
Jika kucing lain yang menyebabkan rangsangan tidak hilang, kucing akan mendekati ke ancaman dan mulakan serangan.


Sunday, June 11, 2017

Keadaan Najis Kucing dan masalahnya

Najis kucing juga adalah langkah awal untuk mengenal pastikan masalah yang dihadapinya. Disertakan di bawah adalah senarai yang boleh dihubungkaitkan keadaan najisnya dan masalahnya.


1) Keadaan Najis:
    Kecil,keras,kering, mengandungi bulu, berbentuk panjang seperti tali
>>Kekerapan berak:
    Kurang dalam sehari ataupun tidak membuang najis.
>>Kemungkinan Masalah:
    Sembelit
>>Punca Masalah:
    Hairball(kerap menjilat bulunya),kurang air,masalah pemakanan,masalah colon.


2) Keadaan Najis:
    Cair,berair, lembut, berlendir,berbau kuat,najisnya mengalir keluar sentiasa, cair bercampur darah
>>Kekerapan berak:
    Sehari beberapa kali
>>Kemungkinan masalah:
    Cirit-birit
>>Punca masalah:
    Masalah usus/perut,parasit/cacing,alergik makanan, pertukaran makanan,tidak serasi makanan, kurang fiber dalam makanan.


Saturday, June 3, 2017

Kemungkinan Punca kematian kucing- hidung berdarah

Kematian kucing kesayangan yang kita jaga serta juga menjadi teman baik kita sekeluarga adalah perkara yang amat menyedihkan sebagaimana seolah-olah sepertimana bilamasa kita alami kehilangan ahli keluarga terdekat.

Perkara ini sukar juga diterima kerana baru semalam ianya hidup seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang masalah sakit/kemurungan dan sebagainya, namun keesokan harinya ianya sudah tiada lagi bersama kita yakni menghembuskan nafas terakhirnya.Ini membuat kita rasa terkilan  tetapi reda kehendakNya.

Kenapa secara tiba-tiba? Antara petunjuk yang boleh membuat penilaian kemungkinan punca kematiannya dalam keadaan hidungnya berdarah.Jika terdapat kesan hidungnya berdarah tanpa mengira berapa banyak darah yang terkeluar.,
Ini adalah di antara kemungkinan punca kematian bersertakan hidungnya berdarah ketika meninggal:

1) Jangkitan Heartworm - parasit/cacing yang mendiami dan menjangkiti jantungnya
2) Tindakbalas Anaphylactic - Reaksi/tindakbalas alergiknya yang aggresif.
3) Masalah darahnya - ketidakstabilan/kekurangan platelet
4) Renjatan elektrik - umumnya disebabkan gigitan wayar elektrik hidup dan akan nampak kesan hitam di dalam mulutnya kesan terbakar.
4) Kesan toksin iaitu bahan beracun.
5) Kesan trauma.

Ini adalah kemungkinan saja , namun untuk kepastian adalah disarankan mendapat pemeriksaan ujian dari vet bertauliah untuk kenalpasti punca sebenar.


Saturday, May 20, 2017

Perlukah Mangkuk Makanan kucing diasingkan?

Ianya menjadi amalan kebiasaan memberi makanan kepada kucing di dalam bekas/mangkuk/pinggan yang sama untuk  beberapa ekor kucing makan bersama.Secara asasnya,penyediaan/pemberian makanan di dalam satu mangkuk yang sama untuk dikongsikan adalah mudah. Ia menjimatkan ruang,masa dan sebagainya tetapi bagaimana pula dengan kucing?
Adakah kucing tidak ada masalah jika mereka berkongsi makanan di waktu yang sama?Ataupun perlu disediakan mangkuk makanan secara individu?


Sebelum itu, perlu bagi kita memahami sifat tingkahlaku/sikap kucing terlebih dahulu.

Ketua-Dominan
Kebiasaannya kucing hidup bermasyarakat dan mempunyai kedudukan iaitu hierarki di kalangan mereka di mana akan wujud seekor kucing yang lebih dominan terlantik menjadi "ketua" dan ini selalunya kucing jantan/bapak kucing. Ini boleh menyebabkan masalah ketika waktu makan, kucing dominan akan mengawal makanan dan memakan bahagian yang lebih banyak/besar makanan yang dihidangkan berbanding  kucing-kucing lain. Sudah tentu jika ada peluang ,kucing-kucing lain akan cuba melarikan makanan keluar dari pinggan yang dihidangkan dan memakannya di tempat lain...


Selera makan berbeza 
Ada juga di kalangan kucing-kucing walaupun sama/hampir sama umur mereka mempunyai selera  makan yang lebih besar daripada yang lain, dan ianya boleh berakhir mendapat lebih daripada bahagian yang saksama makanan.Ini juga terjadi kepada kucing yang tidak sihat/sakit dan mereka lebih terdorong kepada tidak makan jika dikongsikan untuk mengelakkan sukar perebutan makanan.Begitu juga bagi kucing yang baru diambil masuk untuk tinggal bersama-sama dengan kucing lain/asal yang sudah berada di situ..

Pemakanan/Diet khas
Selaras dengan peringkat umur kucing , keperluan pemakanan mereka adalah berbeza dari segi keperluan zat dan sebagainya, terutamanya jika kucing di dalam kawalan makanan disebabkan masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang kronik dan sebagainya atau kucing terlalu gemuk dan perlu diberikan diet rendah kalori untuk menurunkan berat badan atau anak kucing yang perlukan makanan khas untuk"kitten" semasa di awal umur bawah 12 bulan dan sebagainya....


"Adalah disarankan memberi makan kucing secara individu"


Friday, May 19, 2017

Kucing kuat makan tapi tidak gemuk

Secara umumnya, apabila kucing berselera makan dengan sempurna, ia adalah tanda kesihatan yang baik. Walaubagaimanapun berselera makan yang agak berlebihan pula besar kemungkinan ianya adalah petunjuk yang kucing mengalami masalah.Ini dilihat secara fizikalnya kucing tidak begitu gemuk ataupun nampak kurus walaupun makan banyak dan kenapa ini terjadi?

Antara kemungkinan besarnya terutama kucing dewasa yang sudah menjangakui usianya lebih 2 tahun, masalah diabetes dan hipertiroidisme adalah senarai utama penyakit yang boleh menyebabkan penurunan berat badan walaupun ianya berselera makan.

Masalah Kencing Manis
Sepertimana masalah Diabetes yang kita hadapi kucing juga terdedah kepada masalah kesihatan yang sama iaitu diabetes.Diabetes adalah disebabkan pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Biasanya, kucing dengan diabetes minum dan kencing berlebihan, makan banyak tetapi berat badan pula menurun,Ini adalah disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses penghadaman makanan yang dimakannya. Keadaan ini akan menyebabkan makanan yang dimakannya tidak dapat dihadamkan dengan sempurna dan hasilnya nutrien/zat yang diperlukannya tidak dapat diserap oleh badannya serta kegagalan makanannya menerusi proses penghadamannya dan akhirnya dikeluarnya bersama-sama bahan kumuhannya.Namun kucing akan terus makan berlebihan kerana dia merasakan seolah-olah merasa kelaparan setiap masa.

Masalah Tiroid -hipertiroidisme 
Hipertiroidisme adalah gangguan kelenjar di mana kelenjar tiroid di leher menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan. Kebiasaannya terjadi kepda kucing yang lebih tua iaitu purata umur 10 tahun ke atas,Masalah ini boleh dirawat,dan doktor haiwan akan menjalankan beberapa ujian darah asas - ujian tiroid dan ujian kencing untuk menentukan samada ianya mempunyai gangguan masalah sebegini.

Masalah lain-lainnya
Punca masalah yang yang boleh dipertimbangkan mengenai penurunan berat badan adalah gangguan gastrousus seperti penyakit keradangan usus (inflammatory bowel disease), kegagalan pankreas (pancreatic insufficiency) ataupun gastrointestinal lymphoma (sejenis kanser).




Monday, April 17, 2017

Kenapa Kucing muntah berbuih cecair?

Kucing yang muntah adalah disebabkan beberapa faktor yang berbeza dan agak sukar untuk kita mengetahui dengan tepat mengapa kucing muntah.

Salah satu jenis muntah dimaksudkan adalah jika kucing muntah berbuih cecair jernih(warna air). Semasa kucing cuba memuntahkan sesuatu, mereka akan melakukannya agak ekstrim iaitu dengan mendatarkan ataupun memanjangkan badan serta kepala sambi berulang seperti terbatuk-batuk yang tersekat-sekat untuk mengeluarkan sebarang bahan pejal darinya.Selalunya apabila kucing terus muntah akan terhasil longokkan makanan separa hadamnya tetapi kekadang hanya air berbuih pula yang dihasilkannya.

Kenapa muntah berbuih cecair jernih?
Muntah berbuih cecair jernih adalah kesan yang dihasilkannya ketika proses muntah ini dilakukannya ketika perut kucing masa itu adalah kosong. Walaubagaimanapun, puncanya muntah dipengaruhi beberapa faktor/sebabnya tersendiri samada kerana teransang disebabkan terasa terkumpul hairball di dalam perutnya(walaupun tidak ada hairball dalam muntah), ataupun kerana terdapt objek asing di dalam perut, buah pinggang atau kegagalan hati, atau beberapa sebab musabab lain.


Perlukan mendapat Rawatan lanjut?
Jika kucing muntah hanya beberapa kali sahaja tanpa berterusan ianya tidak menunjukkan sebarang masalah dan ini adalah tindakan normal baginya, tetapi jika ianya muntah berterusan beberapa kali dengan kadar kekerapan untuk beberapa hari maka ini adalah petunjuk ianya mengalami masalah dan perlu dapat rawatan lanjut dari vet.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...