Nufnang Ads

Thursday, October 28, 2010

Pendarahan kucing selepas bersalin

Adakah normal bagi ibu kucing selepas bersalin mengalami pendarahan??
Persoalan ini pernah ditujukan dari beberapa pembela kucing yang amat sayangkan kucing mereka,,,untuk mendapat penjelasan serta memahami keadaan yang sebenar.
                                      Anak-anak kucing Persian Semiflat face..langkah pertama
Keadaan Normal:
Memang benar serta normal pendarahan akan berlaku kepada ibu kucing selepas bersalin dan ianya antara 3 - 7 hari.
Namun perlulah diperhatikan agar pendarahannya tidak melebihi jangkamasa ini.
Pendarahannya berwarna merah pekat(coklat) dan tidak berbau serta tidaklah begitu banyak.
Ibu kucing akan menyucikannya sendiri.
Ianya beransur-ansur berkurangan sehingga hari terakhir dan mulai berhenti pendarahan apabila cukup masanya.
Post-natal Check up:
Selepas melahirkan anak adalah digalakkan kucing dibawa ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan suntikan Oxytocin dapat mempercepat serta memberhentikan pendarahan ini(mengecutkan rahimnya) serta ibu kucing membantunya menghasilkan susu yang banyak.
                        Amie ibu dara British Shorthair...masih belum pernah mengandung lagi...
Keadaan perlu ambil perhatian:
1) Pendarahannya berlaku terlalu banyak
2) Warna pendarahannya kehijauan ataupun warna krim dan ni besar kemungkinan mengalami jangkitan rahim iaitu "pyometra"
3) Pendarahannya berpanjangan melebihi masa normal
4) Pendarahannya berbau serta berwarna merah terang serta sudah lebihi 3 minggu.
Jika ini berlaku, tiada apa yang boleh kita lakukan hanya segera dapatkan rawatan dari klinik haiwan...

2 comments:

shakirah said...

camna nak bwk anak2 kucing ngan mak dia ke klinik...angkut skali kotak2 tu ka...

K.U. said...

gunakan travel cage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...