Penampilan najis kucing yang berwarna hitam, berkilat, melekit, berbau busuk adalah berkemungkinan kucing menghadapi masalah secara klinikalnya dikenali sebagai Melena.
Melena adalah kehadiran darah yang dicerna di dalam najis dan menjadikan najis kelihatan hitam. Namun begitu, Melena adalah berbeza dengan darah segar di dalam najis yang dikenali sebagai hematochezia. Pada kucing, melena boleh memberi petunjuk hal keadaan penyakit yang dihadapinya dan berkemungkinan boleh mengancam nyawanya dan perkara ini tidak boleh diabaikan serta perlu ditangani terutamanya jika ia berterusan.
Penyebab Melena
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab melena dan biasanya adalah penyakit saluran gastroususnya yang menyebabkan ulserasi atau menyebabkan pendarahan ke saluran tersebut dan antara sebab-sebabnya adalah:
>>Ulser seperti itu mungkin berlaku berikutan serangan stroke, jangkitan badan yang berlebihan, pengeluaran asid perut yang berlebihan dan juga kesan sampingan dari beberapa barah.
>>Kegagalan buah pinggang dan hati boleh menyebabkan pendarahan ke saluran usus.
>>Keradangan dinding usus (penyakit radang usus) boleh juga dikaitkan dengan melena.
>>Tumor usus atau benda asing boleh menyebabkan pendarahan.
>> Pengambilan Ubat-ubatan tertentu yang menyebabkan Kerengsaan dan ulserasi usus mungkin berlaku dengan terutama kortikosteroid dan aspirin.
>>Keracunan dari bahan kimia seperti arsenik, plumbum, dan zink boleh menyebabkan melena, tetapi jarang berlaku pada kucing.
>>>Kesan dari pembedahan dilakukan pada saluran gastrointestinal atas, pendarahan mungkin berlaku ke saluran tersebut. Melena kemudian boleh terjadi dalam masa 12-72 jam selepas pembedahan. Melena ini adalah bersifat sementara.
Tanda-tanda Melena
Najis hitam pekat
Cirit-birit
Muntah
Gusi pucat
Kawasan pendarahan atau lebam lain di badan
Pengurangan berat
Selera makan yang lemah
Minum atau membuang air kecil secara berlebihan
Disarankan lebih baik untuk menentukan sebab-musababnya dikenalpastikan dari vet dan rawatan lanjut adalah bergantung kepada hasil kenalpasti puncanya dari vet.
2 comments:
Assalamualaikum...admin ni abg fauzi ka yg duduk di permatang pauh?
wasalam.. ya
Post a Comment