Geng Meow

Sunday, October 31, 2010

Rawatan "ringworm" Kurap Kucing

Kurap kucing "ringworm" akan sembuh serta hilang dengan sendirinya kerana kucing mempunyai dayatahan diri yang melawan penyakit kulit ini.
Namun, jangkamasa penyembuhan secara semulajadi akan mengambil masa yang agak lama sehingga seawal 2 bulan ataupun lebih sehingga 6 bulan.Ini bergantung kepada kekuatan serta daya tahan diri kucing melawan penyakit ini.Pemakanan yang premium serta vitamin tambahan dapat membantunya seprti memberikan makanan khusus untuk Bulu="hair & skin" serta juga brewer yeast..

Rawatan Mandian sulfur shampoo:
Memandikannya seminggu sekali adalah salah satu cara dapat menghapuskan benih kuman sepora dari bulu & kulitnya.
Shampoo yang mempunyai sulphur adalah juga baik untuk merawatnya dan bukannya shampoo mandian kucing yang biasa kerana shampoo sulphur akan menyerap ke akar rambut/bulunya serta mengeluarkan kulit mati,kelemumur serta menghalang pembentukan gumpalan/ketulan kulit keras.Fungus ataupun kulat kurap bertapak/menumpang hidup di kawasan akar bulunya serta merosakan bulu & kulitnya.Sulfur yang menyerap ke situ akan menghapuskannya.

                    Sulphur Pets Shampoo-ikut arahan seperti yang tertulis di labelnya.
Rawatan Spray:
Terdapat juga produk dalam bentuk spray dan ini sesuai untuk kurap kucing "ringworm" yang boleh dilihat dengan mata kita serta sudah terbentuk kurap di kulitnya.
Memotong bulunya di kawasan yang dijangkiti adalah perlu supaya ubat yang disembur dapat meliputi bahagian kulit yang berjangkit.
 ***secara mandian adalah lebih berkesan dari jenis spray serta dapat mengawal jangkitan kerana benih kuman sepora dapat dikeluarkan & dihapuskan semasa mandian***

11 comments:

Anonymous said...

Mana boleh saya beli shampoo sulfur ni?

Cat4U said...

di kedai petshop ada jual shampoo ni.
Tapi bila beli tu mintak shampoo untuk fungus...lepas tu check samada ada sulphur

Anonymous said...

shampoo ny ad racun x? sbb kucing sy suke jilat bdn nak brsihkan diri ..tkut jd apa-2 kat dia .

Cat4U said...

ya beracun..sbb ada sulfur..belerang dn boleh memudaratkan kucing klsu xpndsi guns..

armada chenta said...

cmne erk nk rawat klu ad kurap ni...ley x tnjuk gmbr yg jelas ttg kurap...1st time ad kitten...tp time bought kitten 2...pak cik 2 ckp..luka sbb kena ggt nyamuk tp sy rse cm kurap..syian dy...sy mmg zero psl kucing ni...:)

Cat4U said...

photo kucing berkurap Xda..
>nk rawat sendiri perlu guna shampoo seprti diatas..klau xtahu tu bwa jumpa vet..
>tanda kucing berkurap tu..bulunya akan gugur nampk kulit dn berbentuk bulat sperti duit siling 10sen..dn kawasan tu berdebu keputihan..
>kucing bulu lebat..kalau perngkat awal tu susah nk nmpak..

Anonymous said...

kalau telinga dia berdarah tuh sebab kurap juga ke ?? kucing saye tibe2 je telinga dia berdarah & then bulu kat telinga dia tuh gugur... sian dya... & dia berjangkit dekat kite x??? sbb sye neyh slalu cium dye.. tpi skunk dah x berani... sedih btol... T____T

Nurzhaqeera Felyiesha said...

kucing ada anak 7 ekor pastu mak dia kena kurap kucing pastu jangkit kat nak dia jugak...camne nk buat ek?

K.U. said...

perlu dirwat emaknya dgn ubat kurap samada dgn shmpoo sperti malaseb ataupun omadin dll

Anonymous said...

Anak2 kucing saya sdh berguguran bulu akibat kurap..bjangkit dgn kucing y slalu dtg ke rumah.. saya sedih mungkin kah mereka akan pulih :(

Kucing Utara said...

boleh dipulihkn jika buat rawatn kepdanya ,,jika dibiarkn akn jdi teruk shngga hilng bulunya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...