Friday, October 29, 2010

Masalah Kulat Pada Kucing

Kulat ataupun "Fungus" ini menjangkiti pada kulit serta bulu kucing dan menghasilkan "ringworm" iaitu kurap kucing.(Bukannya cacing)..
Fungus yang menjangkiti kucing adalah dari jenis Dermatophyte Micorporum Canis dan selalunya dikenali sebagai M Canis.Organisma ini juga boleh menjangkiti kucing, anjing serta juga kepada manusia.
Kurap kucing ataupun "ringworm" ini mudah merebak sesama mereka malahan juga kepada manusia terutamanya kanak-kanak.

Jangkitan Fungus M Canis:
Semasa jangkitan M Canis ini akan mengeluarkan sepora ataupun "benih kuman" dan tertumpu di kulit & bulu kucing serta merosakannya.Sepora yang tersebar dan melekat di bulu serta kulitnya dan akan mulai membiak di kawasan yang dijangkitinya .
Kurap kucing ringworm akan menjangkitinya dalam jangkamasa yang lama lebih kurang 4 minggu hingga 8 minggu bulan lebih serta menghasilkan gumpalan kulit rosak yang kematu..(ketulan kulit keras) seperti ketuat...

Risiko:
Risiko jangkitan fungus ini adalah tinggi kepada kucing yang berumur kurang dari setahun,anak-anak kucing yang belum matang kerana masih lemah daya tahan diri, kucing yang berbulu panjang seperti Persian.
                                         Kucing Persian berumur 7 bulan ini juga masih berisiko

Jangkitan merebak:
Jangkitan ini merebak melalui samada melalui hubung-terus dengan kucing yang berjangkit ataupun beerkongsi barang antara mereka seperti sikat,berus ,tempat tidur dan sebagainya.Ini adalah kerana benih kuman sepora akan tersebar melalui media ini untuk berpindah ke tempat baru.

Jangkitan kepada manusia:
Kurap kucing"ringworm" ini juga mudah merebak kepada kita terutamanya kanak-kanak amat mudah dijangkiti.
Kurap kucing hanya dapat dilihat selepas 10-14 hari dari hari dijangkit kerana benih kuman sepora mengambilmasa sepanjang tempoh ini untuk proses pengeraman "telur"nya.
Kurap kucing "ringworm" ini berbentuk bulat sebesar 10 sen syiling(lebih kecil dari kurap kulit biasa) serta kita akan rasa gatal-gatal.
Sekiranya ianya menjangkiti kawasan rambut boleh menyebabkan keguguran rambut di kawasan itu.
Rawatan dari doktor adalah penting untuk mengubatinya kerana "benih sepora" ini akan mudah tersebar ke tempat baru di badan kita.
                                  Jangkitan kurap kucing mudah terjadi di tangan kerana kita selalu mendukungnya..
Jauhi dari memegang/mendukung dengan kucing yang dijangkiti "ringworm" terutamanya kanak-kanak serta jauhinya dari kucing lain kerana jangkitan ini memakan masa yang agak lama......

****Untuk rawatan kurap kucing "ringworm" , baca entri seterusnya bertajuk "Rawatan kurap kucing "ringworm"****

12 comments:

dearcats said...

info yg sgt2 berguna untuk pemilik kucing..

Kucing Utara said...

Kucing Persian mmg paling popular...kena hati2 skit bila kita belanya....

Namie Amir said...

ha..betol2..yuyu pernah kena kat perut..celah ketiak..habis luruh bulu kt bhgian2 tersebut..

ctpayong said...

terima kasih. info yg bagus kerana jangkitan boleh juga terjadi pada manusia.

Kucing Utara said...

thks..to all of you
Nanti sya buat crita tentang rawatannya pula...

Hana Soffelia said...

Kat leher si Arjun dh kena bnda alah 2. sian dia.. hbs gugur bulu dia yg lebat tuu.. Ada apa2 ubat tak nk rawat bnda alah 2?

Kucing Utara said...

LBella...bagi arjun mandi dgn shampoo sekurang2nya seminggu sekali..cari shampoo untuk ringworm di petshop...

waty said...

Kucing sya sedang mengalami masalah ni.....thanks for the info n tips yea....insyallah sya akan cuba....

mieloveina (^;^) said...

Kucing sy pun kna kurap jgak abis luka digaru nya di leher..dh p Vet kna suntik, mkn ubat n sapu cream warna hijau. Kucing dh okey anak perempuan 4 tahun plak kna jangkitan kat belakang cuping telinga..x perasan smpai dh besar 50sen bru nmpak...sok kna bwk p klinik chek...sbb ank mmg suka peluk cium Conan n tido skali...bg tau Opah dsruhnya buang ktanya anak ke penting kucing ke penting...mak kta ptut org buang sbb brpenyakit yg hg p kutip plak...huhu dlm dilema..tp dh syg kat kucing amik keputusan jaga jgak...lg pun ank2 pun dh sayang sgt... Opah x terkata apa....hermmbtul x kputusan yg dbuat nie...harap2 kurap kucing x berulang n kurap anak perempuan cpat sembuh...

Kucing Utara said...

btul2 tindakn anada sebb amik keputusan jaganya jgak..kita xboleh lari dri masalah dn boleh mencegahkannya

Unknown said...

Brpa kos buat rwatan kat kucing tu?

Unknown said...

Brpa kos rawatan kucing tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...