Wednesday, November 10, 2010

Bulu kucing gugur kerana penyakit

Bulu kucing boleh gugur diatas beberapa sebab dan jangkitan penyakit adalah antara sebab yang selalunya terjadi.Penyakit ataupun jangkitan yang akan menyebabkannya hilang serta gugur bulunya terbahagi kepada 2 cara iaitu:
1) Gugur bulu kerana tindakannya sendiri iaitu mengaru bahagian yang gatal-gatal sehingga bulunya gugur.
2) Jangkitan itu sendiri yang mengugurkan bulunya.
Bulu gugur kerana kucing mengaru berlebihan:
Kucing akan mengaru badannya secara berlebihan kerana rasa terlalu gatal dan antara puncanya bertindak semedikian adalah:
1) Mites-hama ataupun tungau akan menanamkan diri mereka di kulit kucing dan membentuk kudis serta menyebabkannya rasa gatal-gatal.Hama ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar malah dengan menyikatnya masih belum boelh mengeluarkannya kerana terlalu kecil.
2) Ear Mites-Kutu telinga juga akan menyebabkannya rasa gatal-gatal dan terutamanya di bahagian telinga serta kesannya akan membotak di bahagian luar telinganya kerana digaru.
3) Yeast Infection-jangkitan telinganya oleh sejenis fungus kulat telinga dan sangat gatal.
3) Kudis kerana alergik.Ini berlaku kerana alergik kepada makanan,gigitan kutu dan juga keadaan persekitaran yang kotor berhabuk.Kebanyakannya kucing alergik pada makanannya.

Bulu gugur kerana penyakit:
Keadaan ini berlaku dengan sendirinya kerana jangkitan penyakit merosakkan bulunya.
1) Hyperthyroidism- penyakit ini akan menyebabkan kucing keguguran bulunya
2) Skin tumors- Tumor kulit juga menyebabkannya keguguran bulu.
3) Kurap "ringworm"-ini akan merosakkan bulunya kerana jangkitan bermula dari akar umbi bulunya.
4) Jangkitan bakteria-jangkitan bakteria ini selalunya terjadi kerana kesan luka gigitan ataupun kesan garunya menyebabkan kulitnya terluka dan sangat tersedah kepada jangkitan bakteria.Kita selalu sebutkan bisa kuku sama seperti kita juga tidak boleh garu jangkitan kulit kita kerana ianya boleh tersebar.

***Kenalpastikan kenapa kucing kita kehilangan bulunya sebelum memberi sebarang rawatan lanjut terutama sekali rawatan dirumah***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...