Kucing biasanya akan mengalami kitaran penukaran bulu-bulunya berdasarkan iklim dan cuaca sekitar,di waktu musim panas ianya akan menggugurkan bulunya dan di waktu musim sejuk pula menambahkan bulunya.
Endocrine -kilang hormon kucing
Kucing mempunyai sejenis hormon yang penting dalam tumbuhan dan penghasilan semula bulu-bulunya.
Hormon ini akan dihasilkan dari sistemnya yang dikenali "Endocrine System" serta disebarkan ke seluruh badannya serta yang bertanggungjawab pengalakan tumbuhan bulu kucing.
Kekurangan penghasilan hasilan hormon ini kerana sebab-sebab kesihatannya akan mengganggu penghasilan semula bulu-bulunya bilamana perlu.
Selalunya dapat dilihat kekurangan bulunya di kaki,bahagian perut serta ekornya kerana kegagalan penghasilan bulunya.Tapi tiada kesan langsung di bahagian kepalanya walaupun kekurangan hormon ini kerana berdekatan dengan kilang "Endocrine"nya.
***Hormone Theraphy adalah langkah terbaik dan rawatannya dari Vet***
.
No comments:
Post a Comment