Sunday, November 7, 2010

Gigi susu kucing

Kucing juga mengalami pertumbuhan gigi seperti kita iaitu gigi susu semasa kecil dan bertukar menjadi gigi kekal menjelang dewasa.
Gigi susu anak kucing akan mulai tumbuh sebanyak 26 batang semasa berumur 4 minggu sehingga 6 minggu dan bersesuaian untuk menghisap susu serta agak kuat untuk kunyahan saja.
Gigi susu ini hanya kekal sementara sehingga berumur 7 1/2 bulan dan ianya mulai jatuh ketika berumur 11 bulan.
Kita tidak akan sedar ketika proses penukaran gigi ini berlaku kerana kebanyakan anak kucing akan menelan giginya yang tertanggal.
  
"Laila" masih bergigi susu

Gigi susu akan digantikan sepenuhnya dengan gigi kekal sebanyak 30 batang sehingga ianya mencapai umur 8 ke 9 bulan.Gigi ini pula lebih baik untuknya mengunyah, menyiat daging tulang dan sebagainya.

Masalah yang mungkin dihadapinya:
Anak kucing juga akan merasai seperti mana bayi kita alami ketika proses ini iaitu rasa sakit gusi(ngilu gusi) dan agak kurang makan jika ini menyakitinya.
Terdapat juga 1 atau 2 batang gigi susunya tidak tertanggal serta bertindih dengan gigi kekal yang baru tumbuh dan ini mungkin menyebabkannya juga sakit gusi.
Gigi susu anak kucing parsi  berumur 4 bulan

Masalah gigi kucing dewasa:
1) Gigi kucing dewasa juga boleh rosak & tertanggal seperti kita juga kerana sakit gigi dan ini dapat dilihat melalui tanda-tanda seperti di bawah:
~ Masalah gusi-kemerahan gusinya
~ Makanan selalu jatuh ketika mengunyah
~ Mulutnya berdarah
~ Nafas berbau
2) Gigi kucing akan tertanggal kerana usianya dan ini terjadi ketika ianya mencapai umur lebih 10 tahun serpti kita bila sudah tua nanti..
Gigi kekal kucing parsi dewasa
Walaupun gigi kekalnya tertanggal, ini tidak akan menyusahkannya dan ia masih boleh lagi memakan seperti biasa dan hanya sakit gigi/gusi saja yang menyakitinya.
Bagi kucing yang tiada gigi pula ,dry food adalah yang terbaik baginya malah ia boleh memakannya tanpa sebarang masalah kerana kekuatan gusinya.
 ***Jangan gunakan berus gigi yang kita guna kerana ini boleh menyakiti gusi kucing****

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...