Geng Meow

Wednesday, November 24, 2010

Tanda-Tanda Kucing Bersalin ikut minggu terakhir

Tertanya-tanya antara penyayang kucing, bila masanya kucing akan bersalin...Ini antara petunjuk-petunjuk kucing akan bersalin:
4 minggu sebelum bersalin:
Kucing akan makan lebih banyak dari biasa, selalunya 2 kali ganda jumlah yang dimakannya sebelum ini.Makanan premium penting ketika ini kerana kucing akan berpuasa sebelum bersalin.
3 Minggu sebelum bersalin:
Perangainya berubah dan lebih banyak berhati-hati ketika bergerak/berjalan serta tidak mengeliat "stretch" badannya.Jika kucing yang bebas keluar pula ia akan banyak duduk di rumah dan tidak akan keluar lagi.
2 Minggu sebelum bersalin:
Mulai tumjuk sikap yang pelik seperti mengulingkan badannya dan mencari-cari tempat yang sesuai untuknya bersalin seperti tempat yang tersembunyi,selamat serta sunyi.Ketika ini perlu dikurung dalam rumah kerana ia akan membuat "bilik labor"nya diluar jika masih biarkannya bebas.
Minggu terakhir:
~ Kurang makan dan kemudiannya tidak makan langsung
~Bergerak mundar-mandir serta nampak cemas "nervous".
~Mulai dan kerap menjilat/membersihkan "anus"nya sebagai persediaan untuk bersalin
~Masih berkeadaan resah,cemas selalunya akan keluar masuk ke tempat bersalinnya seperti kata bidalan "seperti kucing nak beranak"

6 comments:

NISS said...

good info..10q

Suara Kalbu said...

Salam,

Thank sangat-sangat atas info ini.. Bella saya sedang preggy. Tak tahu macam mana mahu agak bila dia akan bersalin. Memang sudah sangat sarat.

Yg menjadikan saya runsing ialah ada seekor comel jantan lain di dalam rumah.Adakah dia akan mengganggu proses kelahiran Bella saya nanti ? Saya bimbang Bella akan bertindak ganas kalau dia diganggu oleh comel jantan yang sedang "heat" sekarang ni.

Cat4U said...

SuaraKalbu,
Kalau comel jantan tu bapa kepada kittens yg nk dilahirkan kenalah asingkan...kerana kucing bersifat seprti "LION" ia akan membunuh kittens kerana X mahu jdi saingannya..
Utk selamat..kucing jauhkan kucing jantan dri ibu kucing...

Suara Kalbu said...

Adoiiii... lagilah bertambah runsing saya ni. Kucing jantan (Awie) bukan bapa kepada bakal kittens. Bella hanyalah kucing kampung yg saya bela sejak 1 weeks baby kut kerana dibuang orang di tong sampah.

Awie adalah cross persian yang saya bawa masuk dalam rumah sejak Oktober lepas dimana masa tu Bella baru saja awal preggy saya kira.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wahh rindunya kucing wani dulu..sob3

fifymeow said...

salam..
izin share kt blog sye :)
tq 4 info. kucing sy pn sarat mgandung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...