Thursday, November 25, 2010

Kucing perut kembung

Perut kembung adalah perkara yang boleh dihidapi oleh kucing,anjing, kuda ,kambing dan sebagainya.
Perut kembung ataupun dikenali sebagai "colic" adalah disebabkan pengembangan perut disebabkan gas yang terhasil berlebihan serta terperangkap di dalamnya dan ini menyebabkannya sakit di perutnya.
Semua peringkat umur kucing boleh mengalami perut kembung tetapi lebih berisiko kepada anak-anak kucing yang lebih mudah terkena perut kembung ini akibat pemakanan.
Apakah puncanya kucing mengalami perut kembung?
1) Makanan yang dimakannya-
  ~Terlalu banyak bahan awet makanan,perwarna serta tambahan perisa makanan di dalam makanannya.Ini lebih cenderung kepada makanan kucing yang murah.
~Sisa makanan basi terutamanya dari tong sampah
~Makan berlebihan -"Overfeeding" jangan terlalu ghairah beri anak kucing makan kerana kucing pun makan ikut jadual macam kita juga.
2) Jangkitan & penyakit
Disebabkan jangkitan bakteria,parasit serta juga mengalami penyakit hati,buah pinggang ,ulcer dan sebagainya.
3) Susu ibu
~Sesetengah anak kucing tidak dapat menerima susu ibunya sendiri kerana susu terlalu kuat dari segi kandungannya dan tidak dapat menghadamkannya.
~Susu yang dibancuh juga kekadang tidak sesuai untuknya kerana mungkin terlalu kuat ataupun tersalah bancuh dari segi campurannya.
Tanda-tandanya:
~Perutnya mengembung secara fizikal
~Kucing akan merasa sakit di bahagian perutnya
~Kurang & tiada selera makan
~Kucing akan menguling-gulingkan badannya
~Kelesuan & tidak bermaya...lembik
~Yang paling teruk ia akan pengsan

***Puncanya perut kembung disebabkan makanannya adalah tertinggi, jadi perlu berhati-hati dalam aturcara memberinya makan termasuk makanan,masa makan***

1 comment:

Unknown said...

salam, perut kucing saya macam membengkak, bila saya sentuh perut dia, dia macam menjerit kesakitan dan taknak disentuh pada perut (reaksi macam terasa sakit bila saya sentuh perut dia yang bengkak tu) adakah dia terkena penyakit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...