Geng Meow

Thursday, October 27, 2011

Parvo Virus Kepada kucing

Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai "Panleukopenia" adalah sejenis virus yang sangat merbahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti.Malah virus ini pula sangat mudah merebak.

Nama Virus :
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini dan adalah merujuk kepada virus yang sama :
> Feline infectious enteritis (FIE)
> Feline panleukopenia
>Feline parvovirus (FPV)

Habitat Virus:
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan apa yang menarik virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun.Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.

Risiko:
>Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 -16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mualai putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya dengan antibodi).
***Inilah sebabnya perlu divaksinkan anak kucing selepas berumur 9 minggu ke atas***
>Kucing yang tidak pernah divaksinkan

Tanda-tandanya:
Muntah
Cirit-birit(kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
Tidak makan
Demam Panas melampau
Letih & tidak bermaya
Menjadi kurus

Rawatan:
Hanya secara klinikal dari Vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserangnya ketika badannya terlalu lemah ini.Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang bakteria lain.

Apa yang kita perlu lakukan:
>Jika salah seekor dari anak kucing/kucing disyaki dijangkati virus ini , semua tempatnya termasuk sangkar,bekas makanan/minuman, kotak pasirnya dan tempatnya serta lain-lainya perlu dibersihkan sekerap yang mungkin untuk membunuh virus ini.

Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini?:
Penggunaan Klorox iaitu bahan pemutih baju dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap yang mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalam jangkahayat yang lama .

Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti:
Setelah mendapat rawatan dari Vet , kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi suapkannya makan setiap hari kerana anak kucing/kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi.Sekiranya, suapan makanan yang diberikan berjaya dimakannya ataupun diterima setiap hari untuk beberapa hari iaitu lebih kurang 3-5 hari , berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.

6 comments:

NoRHaNa CorNER said...

sy skrg ni cuci cage kucing sekali seminggu dgn clorox utk elakkan virus merebak..

Anonymous said...

Hai, salah satu kucing saya telah terkena FPV. ada info tentang harga rawatan untuk penyakit ini. dan kat mana boleh buat?

Kucing Utara said...

Agak tipis nk selamatknnya sbb caranya menyerang sma dgn cancer dn boleh masih berusaha dn perlukn masa yg lama utk sembuh

NURAZWA BT OTHMAN - Cik Azwa said...

Salam..kucg sy berumur 7bln (belum vaksin) terkena virus ni dua mngu lepas..lepas hari ketiga baru sy hantar ke vet & doc bgtau peluang hdup mmg tipis & ade kes masa raya aritu kucg mati 4ekor sbb virus ni.vet masukkan air & monitor selama 6hari..alhamdulillah kucg sy ade peningkatan..cepat2 vaksinkan kucg & kalau nmpak tanda2 mcm kat atas tu pun kena cpt ambil tindakan..kos rawatan yg sy kena hari tu rm560..termasuk buat test,boading,air,ubat dll.

Zue said...

Anak kucing saya baru mati mlm td disebabkan virus ni. Pagi dia tunjukkan tanda2 seperti berak cair kekuningan, muntah dan tak mahu makan. Tghari saya bawa ke vet. Mlm td dia dah tak ada...sob..sob

Jejary Halus said...

Sy baru balik dr vet kat cheras gov pnyer bwk kucing sy yg kne virus ni tp awal2 sy mmg xtahu pape pasal virus ni bila sy tgh mnunggu giliran rmai yg dtg kat vet risau dgn kucing sy dlm keadaan lemah sgt n tiba jmpe doc die ckp kucing sy hnye ade harapan 50/50 sje utk hidup sy sgt sedih sbb mnyesal xvaksin kn die pada awal lg sbb vaksin mmg akan mnyelamatkn nyawa kucing dr di jangkiti so nasihat sy kalo xnk kucing kene virus or dpt pnyakit pelik2 bwk la g vaksin pada umo 2bulan kucing tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...