Parvo virus ataupun sebenarnya dikenali sebagai "Panleukopenia" adalah sejenis virus yang sangat merbahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ubat yang bersesuaian untuk mengubatinya jika dijangkiti.Malah virus ini pula sangat mudah merebak.
Nama Virus :
Ianya terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai virus ini dan adalah merujuk kepada virus yang sama :
> Feline infectious enteritis (FIE)
> Feline panleukopenia
>Feline parvovirus (FPV)
Habitat Virus:
Kawasan persekitaran yang tidak bersih yang mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya dan apa yang menarik virus ini amat kuat dan daya tahan tinggi serta boleh hidup bertahun.Ianya memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya.
Risiko:
>Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yang berumur antara 4 -16 minggu kerana antibodinya masih lagi lemah ataupun dalam bentuk pembentukan serta juga di waktu ini anak kucing sudah mualai putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yang kaya dengan antibodi).
***Inilah sebabnya perlu divaksinkan anak kucing selepas berumur 9 minggu ke atas***
>Kucing yang tidak pernah divaksinkan
Tanda-tandanya:
Muntah
Cirit-birit(kekuningan, berbau serta berdarah sedikit)
Tidak makan
Demam Panas melampau
Letih & tidak bermaya
Menjadi kurus
Rawatan:
Hanya secara klinikal dari Vet bertauliah saja yang boleh membantunya tetapi agak tipis juga kerana antibiotik yang diberikan hanya dapat melawan penyakit yang diserangnya ketika badannya terlalu lemah ini.Virus ini akan menyerang sel darah putihnya yang berfungsi melawan bakteria dan kekurangan sel-sel ini memudahkannya diserang bakteria lain.
Apa yang kita perlu lakukan:
>Jika salah seekor dari anak kucing/kucing disyaki dijangkati virus ini , semua tempatnya termasuk sangkar,bekas makanan/minuman, kotak pasirnya dan tempatnya serta lain-lainya perlu dibersihkan sekerap yang mungkin untuk membunuh virus ini.
Bagaimana mencuci untuk membunuh virus ini?:
Penggunaan Klorox iaitu bahan pemutih baju dapat membantu membunuh virus ini dan pencuci biasa tidak dapat membantu dan perlulah dicuci sekerap yang mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalam jangkahayat yang lama .
Apa yang perlu dilakukan kepada kucing yang dijangkiti:
Setelah mendapat rawatan dari Vet , kita boleh membantu menguatkannya dengan cara memberi suapkannya makan setiap hari kerana anak kucing/kucing yang dijangkiti sudah tidak akan makan lagi.Sekiranya, suapan makanan yang diberikan berjaya dimakannya ataupun diterima setiap hari untuk beberapa hari iaitu lebih kurang 3-5 hari , berkemungkinan ianya akan selamat di samping ubat dari Vet.

23 comments:
sy skrg ni cuci cage kucing sekali seminggu dgn clorox utk elakkan virus merebak..
Hai, salah satu kucing saya telah terkena FPV. ada info tentang harga rawatan untuk penyakit ini. dan kat mana boleh buat?
Agak tipis nk selamatknnya sbb caranya menyerang sma dgn cancer dn boleh masih berusaha dn perlukn masa yg lama utk sembuh
Salam..kucg sy berumur 7bln (belum vaksin) terkena virus ni dua mngu lepas..lepas hari ketiga baru sy hantar ke vet & doc bgtau peluang hdup mmg tipis & ade kes masa raya aritu kucg mati 4ekor sbb virus ni.vet masukkan air & monitor selama 6hari..alhamdulillah kucg sy ade peningkatan..cepat2 vaksinkan kucg & kalau nmpak tanda2 mcm kat atas tu pun kena cpt ambil tindakan..kos rawatan yg sy kena hari tu rm560..termasuk buat test,boading,air,ubat dll.
Anak kucing saya baru mati mlm td disebabkan virus ni. Pagi dia tunjukkan tanda2 seperti berak cair kekuningan, muntah dan tak mahu makan. Tghari saya bawa ke vet. Mlm td dia dah tak ada...sob..sob
Sy baru balik dr vet kat cheras gov pnyer bwk kucing sy yg kne virus ni tp awal2 sy mmg xtahu pape pasal virus ni bila sy tgh mnunggu giliran rmai yg dtg kat vet risau dgn kucing sy dlm keadaan lemah sgt n tiba jmpe doc die ckp kucing sy hnye ade harapan 50/50 sje utk hidup sy sgt sedih sbb mnyesal xvaksin kn die pada awal lg sbb vaksin mmg akan mnyelamatkn nyawa kucing dr di jangkiti so nasihat sy kalo xnk kucing kene virus or dpt pnyakit pelik2 bwk la g vaksin pada umo 2bulan kucing tu.
lebihbaik elakkan mandi utk elakkan jangkitan lain
Sekarang kucing sy dekat wad, dah 2hari warded sebab virus ni. Walaupun doc cakap 50-50 je tapi sy harap sgt dia sembuh. Sedih. Menyesal sebab tak vaksin awal2
Kucing saya dalam proses penyembuhan dari parvo. Saya bagi campuran 1/2 biji charcoal ultracarbon + probiotic 1/2 sachet (for baby) + electrolyte (e.g 100plus buang gas dilute with water 1:1). Boleh beli di farmasi. Antibiotik tak digalakkan sebab boleh bunuh sel baik sekali. Bagi 2 kali sehari. InsyaAllah 3 hari dah ada kesan positive. Kena force feed air & bagi makan dada ayam rebus/kukus. Air kena kerap at least 2 jam sekali. Rumah kena cuci pakai clorox. Saya dapat petua ni dari website somebody yg rawat pet dia yg kena parvo di USA. Harap dapat membantu
100plus buang gas tu mksud mcm mn ye ?? 100plus yg biasa kite minum tu ke ?? Kucing sy br 3 ari disahkn kena virus ni .. Sy sedang bg ubt dr vet dan tgh tunggu multivita transfer factor sampi ni .. Beli on9 ..nk bg ke kucing sy ..
Boleh x terang kn satu persatu ubt yg awk bg pd kucing awk .kucing sy br 3 ari disah kn kena virus ni ..
Sis dpt kn rawatan msuk air tok meow kt mana sis ..boleh ke wasap sy tok bg sebrg info rawtan ...kucing sy br 3 ari disahkn virus ni .. Skrg rwatn dirumh sy bg ubat dr vet ..serta sy bg sekerap mungkin air bancuhan gula dan garam ..force feed dn sy tambah multivitamin transfer factor feline tok kucing .. Tp msih cirit birit berdarah cume x de munth2 dan demam ..
Kucing sy pula x muntah, berak pun xde darah..masuk hari ni Da 3 hari.sedihnya x mau mkn lgsung.bila paksa mkn,dia marah & agresif. Tp td doktor kata keberangkalian besar kucing d jgkiti parvo..betol ke
Kucing saya pun sakit, macam mana nak rawat tanpa ke vet.
Cik zizah..my cat skrg parvo..cirit bau busuk..mcm drh..sedih..da bwa ke vet..bru 2 hari..mcmna awak rwt kucing sakit?
Marsya kucing awk mcm mana skrg?
kucing sy pernah kena parvo.. oc ckp xde harapan sembuh sbb umur xsmpai 2 bulan.. sy search ad org bgtau try bg calcium, multivitamin n minyak ikan.. saya bg.. alhamdulillah baik kucing sy..sy bg juga iar glukose sekali sekala masa tgh sakit tu..

Fiza Ezuddin, cemane anak kucing awak tu sekarang? berapa lama tempoh rawatan?
Kucing saya dah l.mggu kat wad.x nk mkn, air hidung meleleh, air liur pun.lemah jer..tp dr dah test bkn.parvo.sedih x vaksin awal..tp mmg berjangkit pd kucing lain d rumah..
Kucing yg dh survive parvo dia ade potensi kene balik tak?Atau dia dh imun?Kucing lain yg baru ade potensi kene tak selepas 2 tahun dr pesakit lama sembuh
Kucing saya pun kena parvo. Saya bawak ke vet. Msukkan air sebab tak pasti brp lama dia tak makan dan minum. Ldpas tu mintak tolong vet bagi dia makan guna rc support yv bancuh air mcm nestum tu bagi pakai picagari. Inject ibat tahan muntah dan ubat cacing untuk usus dia. Balik saya bagi vitagen putih juga utk usus dia. Force feed susu dan makanan rc tu. Bagi air rumput helikopter. Alhamdulillah lepas 2 hari dia dah nak makan ayam rebus sendiri dan minum sendiri. Syukur alhamdulillah. Penting kuarantinkan. Jangan bagi kucing lain masuk bilik. Makan minum tidur dan toilet doa dlm bilik saya sbb kena force feed 3 jam sekali.
Hi. Berapa lama awak kuarantinkan kucing yg kena parvo tu ye?
Post a Comment