Geng Meow

Friday, December 16, 2011

Penjagaan anak kucing bawah umur

Apa yang dimaksudkan anak kucing bawah umur adalah anak kucing yang berusia di dalam lingkungan 6 minggu ke bawah.Diatas sebab-sebab tertentu seperti anak-anak kucing yang ditinggalkan ibunya mungkin kerana kematian ataupun ditinggalkan oleh ibunya kerana tidak mampu menjaga, dibuang oleh tuan terdahulunya yang tidak prihatin nasib anak kucing serta pelbagai alasan lain.Pengambilan & penjagaan mereka yang kecil ini perlu diberi perhatian sebaik-baiknya.


Mengenal pasti umurnya:
Ini adalah perkara utama yang perlu kita ketahui kerana boleh membantu kita dalam penjagaannya dari segi makanan,pembersihan dirinya juga tempat teduhnya.
Giginya adalah sebagai rujukan terbaik untuk kenallpasti umurnya:
>Mempunyai gigi depan sebaris,gigi kacip,taring~umurnya 3-4 minggu
>Mempunyai gigi geraham bawah: umurnya 5 minggu
>Mempunyai gigi geraham atas-umurnya 2bulan

Rujukan fizikal anak kucing yang lain:
Umur 3 hari >Jika masih ada lagi tali pusat
Umur 10 hari> jika matanya sudah terbuka
Umur  21 hari> Telinganya sudah terbuka ataupun cuping telinga ke atas


Pemberian sumber makanan-SUSU:
Jika umurnya d bawah 4 minggu dan ini peru disusui dengan susu khas untuk anak kucing kerana susu biasa anak kucing tidak dapat menghadamkannya dan akhirnya mengalami cirit-birit dan boleh menyebabkannya kekeringan "dehydration".
>Susu mestilah bersuhu bilik serta dibuang jika masih ada baki dan sentiasa membancuh susu baru untuknya kerana bakteria mudah menjangkitinya
>Botol & puting susu hendaklah di basuh serta merta selepas digunakan
>Penyusuan perlu dibuat untuk setiap 3-4 jam sekali dalam sehari
>Ketika menyusu botol ,jangan sesekali disuapkan sehingga ke dalam mulutnya dan jika ianya uali menghisap botol ,boelh diperhatikan mulutnya menghisap dan telinga bergerak-gerak.

***Susu kambing juga boelh digunakan sebagai alternatif sumber susu kepadanya***
***Air kencing jika kekuningan pekat adalah petunjuk yang ianya kekurangan air***


Pembersihan anak kucing:
Anak kucing sebegini perlu dibersihkan pada bahagian punggung kerana ibunya akan menjilat-jilat untuk mencuci cecair najisnya dan ini berterusan sehingga ianya mencapai umur 4 minggu untuk membuang air dengan sendiri.
>Gunakan kain /tuala kecil yang basah untuk mencuci punggungnya kerana kotoran ini boleh menarik perhatian bakteria.


Tempat Sarangnya:
Anak kucing juga masih menghadapi masalah suhu badannya yang begitu rendah kerana belum stabil lagi dalam pengawalan suhu badan berbanding kucing yang sudah besar.
Perlu di selimutkannya ataupun jika ada "heating pad" pemanas dan ini adalah yang terbaik

3 comments:

Anonymous said...

kucing sy brumur 2 minggu, sy mau memindahkan ibu dan anak2nya ke dlm sangkar tp saya risau jika sy pindahkan mereka,ibu dia tak nak layan anaknya lgi. dulu pernah cuba pindahkan,tp ibunya seakan mjadi gila di dlm sangkar tu. mcm mana ya?

Kucing Utara said...

xdigalakkn ubah sbb ibunya xsuka

iqbal said...

Anak kucing saye baru 3 minggu tapi di tk nak minum susu macam mane

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...