Sunday, December 11, 2011

Bisul kucing

Bisul adalah seperti karung yang dipenuhi dengan cecair dipenuhi bakteria serta juga bahan asing lain terletak di bawah kulit.keadaan ini juga boleh terjadi kepada kucing kita sama seperti mana bisul biasa.


Antara punca-puncanya Bisul mudah terjadi kepada kucing:
1) Masalah Thyroid
2) Kekerapan sembelit
3) Kelemahan daya imunisasi / tahan diri melawan bakteria
4) terdedah kepada alahan/alergik
5) Punca dari makanan yang tinggi gula berlebihan serta bahan kimia(bahan perasa/perwarna/awet)
6) Tahap kebersihan yang rendah


Rawatan & penjagaan masalah Bisul:
> Jangan sesekali cuba picit untuk pechkan bisul yang belum matang
>Selalu cuci dan bersihkan kawasan bisul dengan sabun antibakteria serta gunakan air suam dan boleh juga gunakan air garam yang dilarutkan sebagai cucian harian.
>"Demah" pedapkan air garam suam ini dapat membantu akan dapat mematangkan serta memecahkan bisul.
>Cucian cecair yang keluar sebaik mungkin kerana mengandungi bakteria dan lain-lainnya yang boleh
memudaratkan kulit dan bulunya di sekeliling dan tempat yang terkena lelehan.


***Kesan cakaran kuku ketika bergaduh juga boleh mengundang "bisul" kerana jangkitan bakteria melalui lukanya dan rawatan luka segera adalah perlu untuk mengelakan terkumpulnya bakteria dan akhir terbentuk "karung" bakteria di bawah kulitnya****

4 comments:

Cik tikah said...

oh, mcm tuh ke. ok2, tq :)

Anonymous said...

bleh guna eusol solution utk cuci bisul tu ke?

Unknown said...

boleh guna detol antibacterial x

Kucing Utara said...

xda masalah utk sapuan kerana antiseptik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...