Tuesday, June 18, 2013

Scabies Ataupun Kudis kucing

Scabies ataupun secara umumnya digelarkan kudis yang terjadi kepada kucing membuatkan kita rasa tidak selesa melihat keadaannya.Malah kudis ini juga mudah merebak kepada kucing lain termasuk kita sendiri.Sebagai langkah pencegahannya adalah kita harus mengenalinya terlebih dahulu untuk langkah seterusnya iaitu kenalpasti, rawatan dan pencegahan.

Punca Kudis:
Ianya berpunca dari sejenis Hama dikenali sebagai "Notoedres Cati" yang menyebabkan penyakit kulit dipanggil secara spesifiknya sebagai Notoedres mange ataupun kudis kucing.

Hama ini akan bertumpang hidup & berhabitat di permukaan kulit kucing dengan membuat "burrow" iaitu seperti terowong di dalam kulit sebagai tempat sarangnya untuk bertelur.Ketika proses membuat lubang terowong ini kucing akan terasa gatal-gatal yang agak teruk dn mengalakkannya mengaru-garu pada kadar yang berlebihan.Kesannya terhasil luka-luka kulitnya yang teruk akibat garuan kukunya sendiri dan menjadi bulunya gugur terutamanya kawasan telinga,leher dan mukanya pada peringkat awalnya(iaitu kawasan yang mudah hama bertapak).Akhirnya kawasan kulit ini akan berkeruping serta berkudis, berketul-ketul kerupingnya seperti puru.


Rawatan:
>>Kucing berbulu panjang/lebat perlu di potong pendek kawasan yang terlibat dan dicuci mandikan dengan shampoo berasaskan sulfur dan sebagainya seminggu sekali (terdapat pelbagai produk untuk ini).
>>Ubat Ivermectin samada jenis krim sapuan ataupun suntikan(perlu diberikan oleh Vet kerana suntikan ini agak merbahaya serta risiko maut terutamanya kepada anak-anak kucing).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...